Volkswagen taja kereta rasmi untuk program ‘Let’s Cycle’ di 8TV

By  |  0 Comments

VW

Volkswagen Group Malaysia (VGM) telah menaja kereta rasmi untuk program realiti TV terbaharu yang diterbitkan oleh stesen televisyen 8TV bertajuk ‘Let’s Cycle’.

Dengan menyediakan empat buah kenderaan sepanjang produksi program TV tersebut, model yang terpilih sebagai kereta rasmi ini ialah unit CKD Polo Sedan dan Polo 1.6 baharu, serta Cross Touran dan Tiguan.

Pengarah Pemasaran dan Komunikasi VGM, Petra Schreiber berkata, “Program ‘Let’s Cycle’ mempromosikan pendekatan kehidupan yang peka terhadap alam sekitar dan nyata selari dengan falsafah Think Blue kami. Ini merupakan satu peluang kolaborasi yang baik dalam usaha menggalakkan rakyat Malaysia mengenai pentingnya kelestarian dan penjagaan alam sekitar.”

Siri realiti TV yang melibatkan 13 episod itu akan menyaksikan personaliti-personaliti tempatan iaitu Baki Zainal dan Rickman Chia merentasi laluan sejauh 2,315 km di semua 11 buah negeri di Semenanjung Malaysia.

Sepanjang perjalanan tersebut, mereka bukan sahaja meneroka seluruh semenanjung dengan berbasikal sambil mempromosikan gaya hidup sihat, malah meningkatkan kesedaran mengenai aktiviti-aktiviti yang bersifat mesra alam sekitar.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq