Ujian memandu menggunakan kenderaan transmisi automatik ditangguh sekali lagi

By  |  0 Comments

i40Tourer11

Februari lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan ujian memandu kereta automatik akan diimplementasikan bermula 1 April tahun ini. Ia selaras dengan pelaksanaan pengenalan silibus baharu memandu yang turut akan dilaksanakan dalam tempoh yang sama. Namun selepas 19 hari berlalu, ia masih lagi belum menampakkan pelaksanaannya.

Menurut laporan Berita Harian petang tadi, yang memetik kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob telah mengesahkan bahawa penggunaan kenderaan transmisi automatik bagi ujian memandu yang sepatutnya dilaksanakan pada 1 April terpaksa ditangguhkan kepada pertengahan tahun ini.

Ia disebabkan berlakunya masalah teknikal yang melibatkan pencetakan buku Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang sepatutnya diedarkan bermula Mac lalu. Di mana proses pencetakan buku tersebut gagal disiapkan mengikut jadual.

Menurut Yusoff, pencetakan buku KPP memerlukan penelitian rapi kerana ia melibatkan pengenalan kurikulum baharu.

Walau bagaimana pun, buku tersebut dijangka bakal diedarkan pada Mei ini kepada semua institusi memandu sebelum ujian bagi kereta automatik dilaksanakan sepenuhnya pada Jun depan.

Ini bukanlah penangguhan kali pertama. Sepatutnya ujian memandu menggunakan kereta automatik ini dilaksanakan pada Mei 2012 yang lalu. Namun ia tertangguh berikutan kementerian masih menunggu kelulusan peruntukan untuk mencetak buku dan peralatan bagi institut memandu selaras dengan pengenalan kurikulum baru pendidikan pemandu.

Setahun selepas itu, ia dijangka bakal dilaksanakan namun sekali lagi tertangguh ekoran masalah teknikal melalui sistem MySikap.

Penangguhan kali ketiga ini mungkin bakal meresahkan orang ramai yang bercadang mahu mengambil lesen kenderaan transmisi automatik.

Apa komen anda mengenai isu ini? Sila kongsikan pendapat bernas anda bersama Info Kereta.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq