Sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan dilaksanakan di seluruh negara mulai 1 Mei ini

By  |  0 Comments

W1A

Memetik kenyataan daripada BERNAMA semalam yang melaporkan bahawa Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, telah mengumumkan berkenaan dengan sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan dijangka dilaksanakan di seluruh negara mulai 1 Mei ini.

Di mana melalui sistem ini, pembeli kenderaan boleh mendapatkan nombor pendaftaran mengikut negeri yang dikehendaki tanpa perlu pergi ke negeri terbabit.

Contohnya, jika pembeli kenderaan di Selangor yang ingin mendapatkan nombor pendaftaran Kedah, bolehlah memohon terus di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Menurut Ab Aziz, sistem ini bagi menampung kehendak pelanggan kerana ada pengguna jalan raya yang meminati nombor pendaftaran tertentu. Oleh itu, bagi memudahkan pelanggan maka kerajaan memudahkan pendaftaran di mana-mana negeri.

Ketika ditanya adakah perkhidmatan pengkomputeran mySIKAP JPJ mampu menampung sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan berkenaan, Ab Aziz berkata sistem ini semakin lancar.

Sistem mySIKAP diperkenal November tahun lepas sebelum ini mengalami beberapa gangguan menyebabkan proses urus niaga menjadi perlahan sehingga mengakibatkan pelanggan menunggu lama ketika berurusan di pejabat-pejabat JPJ.

Dalam pada masa yang sama, Ab. Aziz turut mengulas mengenai pertukaran hak milik kenderaan menggunakan sistem biometrik bagi syarikat akan dilaksanakan pada 1 Jun.

Katanya, pertukaran hak milik kenderaan menggunakan sistem biometrik bagi individu telah bermula pada 1 April lepas bertujuan mengelak kes pemalsuan dokumen. Namun untuk proses ini, pemilik asal dan bakal pemilik harus hadir sendiri ke kaunter JPJ berhampiran untuk mendaftarkan cap jari masing-masing sebelum memulakan transaksi jual beli.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *