Daihatsu Ayla bakal menggantikan Perodua Viva?

By  |  0 Comments

DIN-ADUN-DAIHATSU-AYLA-1

Pada 27 Januari yang lalu, Perodua telah mengumumkan bakal melancarkan model serba baharu tidak lama lagi. Walau bagaimana pun, ia bukanlah model sedan, iaitu Perodua Buddyz yang pernah dipamerkan di KLIMS’13 yang lalu.

Sebaliknya, kemungkinan besar ia sedang memproduksikan model kompak di mana terdapat desas-desus mengatakan ia bagi menggantikan model Perodua Viva. Sejauh mana kebenaran itu?

Melalui laman web ‘big bro’ InfoKereta, Paultan.org, kiriman dari pembaca, Din Adun, yang sempat merakamkan foto model debadged Daihatsu Ayla/Toyota Agya menimbulkan tanda tanya. Mungkinkah Perodua yang membawa masuk model ini untuk diuji bagi menggantikan model Viva?

DIN-ADUN-DAIHATSU-AYLA-2

Jika benar, kemungkinan besar model ini diproduksi di kilang baharu milik Perodua yang terletak bersebelahan dengan kilang sedia ada di Sungai Choh, Rawang. Sementara ini, kotak gearnya pula mungkin diproduksi di kilang E-AT di Taman Perindustrian Sendayan, Negeri Sembilan.

Manakala bahagian dalamannya pula bakal direka oleh unit dalaman Perodua sendiri.

Apa pun, sama-samalah menantikan pengesahan dari Perodua sendiri berhubung dengan perkara yang bakal hangat diperkatakan ini.

Anda ada komen? Kongsikan bersama InfoKereta.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *