Perodua bakal lancar model serba baharu tidak lama lagi

By  |  2 Comments

PERODUA

Perodua sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan model serba baharu menjelang suku kedua tahun ini. Ia telah pun diumumkan oleh Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh. Walau bagaimana pun, beliau telah mengesahkan bahawa ia merupakan model serba baharu dan bukannya menggantikan mana-mana model sedia ada Perodua.

Ditemui ketika majlis makan tengahari bersama pihak media sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina siang tadi, Aminar turut menambah, model serba baharu ini bakal diproduksi di kilang Perodua Global Manufacturing (PGM) yang terletak bersebelahan dengan kilang Perodua yang sedia ada di Sungai Choh, Rawang. Sementara itu, kotak gear model ini pula bakal dikeluarkan di kilang E-AT yang terletak di Taman Perindustrian Sendayan, Negeri Sembilan.

Menurut Aminar, “Buat masa ini, struktur dan bangunan kilang baharu di Sungai Choh hampir 90% siap. Kami mensasarkan ia boleh beroperasi menjelang pertengahan tahun ini. Malah kami juga membina trek ujian baharu (disambungkan pada trek ujian sedia ada) dengan kos sebanyak RM65 juta.”

Berkenaan dengan Perodua Alza serba baharu yang dilancarkan pada 10 Januari lalu, Aminar berkata, sebanyak 8,000 tempahan sudah dibuat. Apa yang mengejutkan Perodua sendiri apabila varian tertinggi Perodua ini iaitu Advance Variant menerima tempahan tertinggi buat setakat minggu lepas.

Ketika ditanya mengenai model sedan yang bakal dikeluarkan, Aminar menjawab, “Buat setakat ini, kami belum menetapkan lagi bilakan ia bakal dilancarkan. Produksinya harus dilakukan mengikut peringkat. Buat masa ini, kami sedang mengenal pasti sistem berkaitan dengan bahagian teknikalnya. Ia merupakan model sedan pertama daripada Perodua. Maka, sudah pastinya kami ingin membuatkan yang terbaik bagi mencapai ekspektasi pelanggan.”

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *