MAA yakin penjualan kenderaan hibrid CKD lebih positif pada tahun ini

By  |  0 Comments

?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Antara isu mengenai NAP 2014 yang diumumkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkenaan dengan NAP 2014 pada Januari lalu ialah insentif cukai bagi kenderaan hibrid yang diimport sepenuhnya (unit CBU) tidak akan diteruskan.

Walau bagaimana pun pengecualian bagi duti eksais dan cukai import bagi hibrid dan EV hanya akan disambung bagi model yang yang dipasang di Malaysia iaitu unit CKD. Di mana ia akan disambung sehingga 31 Disember 2015 bagi hibrid dan 31 Disember 2017 untuk EV.

Pengumuman tersebut secara tidak langsung mengundang pertanyaan orang ramai mengenai harga model hibrid yang diimport dari negara luar (iaitu unit CBU) yang pastinya melambung tinggi. Buat setakat ini, hanya Honda sahaja yang memiliki model hibrid CKD iaitu Jazz yang dipasang di kilang Honda, Pegoh, Melaka.

Manakala UMW Toyota Motors pula sedang membangunkan model Camry hibrid CKD, tetapi belum dipastikan bila ia bakal diperkenalkan. Malah Mercedes juga dijangka bakal memproduksikan jentera pertama hibrid CKD iaitu Mercedes-Benz S400 Hybrid pada tahun hadapan.

CRZ

Menurut laporan daripada pihak BERNAMA, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menerusi presidennya, Datuk Aishah Ahmad berkata, MAA menjangkakan kenderaan hibrid CKD pada tahun ini akan mencatatkan penjualan yang memberangsangkan.

Menurut Datuk Aishah, tiada sebarang kuota yang ditetapkan untuk memproduksikan kenderaan hibrid CKD dan ia juga akan dijual pada harga yang lebih kompetitif. Beliau juga berkata, jumlah kenderaan hibrid yang dijual di Malaysia pada dua bulan pertama tahun ini untuk unit CBU dan CKD telah pun meningkat sebanyak 32.4 peratus atau pun 2,785 unit, berbanding dengan masa yang sama pada tahun lalu iaitu hanya 2,103 unit sahaja.

Di mana daripada jumlah itu, Honda telah mendahului jumlah jualan keseluruhan iaitu sebanyak 1,767 unit. Diikuti oleh Toyota sebanyak 474 unit dan Nissan dengan 361 unit.

Melihat akan perkembangan positif ini, Datuk Aishah turut menambah, syarikat pengeluar kenderaan lain juga harus mengambil kesempatan ini untuk tampil memohon kebenaran dari kerajaan bagi membuka fasiliti CKD di Malaysia. Di mana melalui pelaburan ini, pihak pengeluar kenderaan terbabit layak mendapat insiantif dari kerajaan berhubung dengan pengeluaran kenderaan hibrid CKD.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq