Toyota Yaris 2014 sah mendarat di pasaran Malaysia!

By  |  0 Comments

Yaris (front)

Pada 18 Mac lalu, industri automotif Indonesia telah pun melancarkan Toyota Yaris serba baharu. Hari ini, UMW Toyota Motor secara rasminya telah pun telah mengumumkan model ini juga sudah pun berada di pasaran Malaysia. Bermula pada 21 Mac yang lalu, tempahannya sudah pun dibuka.

Untuk pasaran Malaysia, cuma satu sahaja varian yang ditawarkan iaitu 1.5G A/T dengan harga atas jalan iaitu RM101, 700.00 (Semenanjung Malaysia), RM103, 621.10 (Sabah), RM103, 671.10 (Sarawak), RM63,606.95 (Langkawi) dan RM64,753.65 (Labuan).

Yaris (back)

Ia juga tampil dengan lima pilihan warna iaitu kelabu metalik, perak metalik, merah metalik, putih dan juga jingga metalik.

Jika di Indonesia, tiga varian telah ditawarkan iaitu E,G dan TRD Sportivo. Dengan pilihan kotak gear sama ada manual mahu pun auto. Malah model untuk pasaran negara tersebut juga tampil dengan dua beg udara, ABS, EBD dan Bantuan Brek sebagai elemen standard. Manakala bagi model spesfikasi penuh pula menerima elemen sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin, kawalan penghawa dingin automatik dan lampu utama projektor.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq