Tokyo Auto Salon bakal dianjurkan di Putrajaya November ini

By  |  0 Comments

AT7Y_0267

Bakal dibawakan terus dari Jepun, Tokyo Auto Salon dianjurkan buat julung kalinya di Malaysia pada penghujung tahun ini. Dengan kerjasama antara Association of Autoshow Malaysia dan My Events Internation, Tokyo Auto Salon Putrajaya akan berlangsung pada 14 hingga 16 November ini di Dataran Putrajaya, Presint 3. Penganjuran ini turut menerima sokongan padu daripada Putrajaya Corporation dengan Putrajaya sebagai lokasi rasmi acara ni.

Majlis pra-pelancaran Tokyo Auto Salon Putrajaya ini telah pun berlangsung pada petang Jumaat lalu dengan menyaksikan pertukaran Memorandum Sefahaman antara San Ei Publishing Co Ltd dan My Events International sebagai penganjur rasmi. Ia turut disaksikan oleh Menteri Kementerian Belia & Sukan, YB Khairy Jamaluddin.

Menganggarkan bakal menerima kunjungan lebih 100,000 pengunjung, acara ini dijangka menghimpunkan lebih daripada 200 kereta kustom atau modifikasi. Di mana ia bukan sahaja melibatkan kereta kustom dari negara ini, malah juga negara lain termasuk Jepun sendiri.

AT7Y_0474

Tokyo Auto Salon Putrajaya 2014 ini akan melibatkan ruang pameran seluas 20,000 kaki persegi dengan menghimpunkan 280 gerai pameran dan melebihi 180 buah kereta. Antara aktiviti yang bakal dijalankan ialah pertandingan Drift, Auto Cross dan Go Kart. Manakala Autostyling Competition yang melibatkan penyertaan lebih 200 buah kereta akan tersenarai di dalam Malaysian Book of Records.

Bukan itu sahaja, menerusi penganjuran ini, individu yang terlibat di dalam industri automotif di rantau ini juga berkesempatan mengetahui dan saling bertukar fikiran mengenai perkembangan dan inovasi terkini mengenai sektor automotif.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *