Honda City 2014 pentingkan penjimatan bahan api, prestasi dinamik & keselesaan ruang

By  |  0 Comments

20140320_165448

Beberapa jam sebelum Honda City generasi ke-empat dilancarkan pada minggu lalu, InfoKereta turut diundang oleh Honda Malaysia untuk menghadiri sesi ‘meja bulat’ secara eksklusif dengan Kazunori Watanabe iaitu Large Project Leader bagi model ini. Turut serta ialah Toshikazu Hirose selaku Assistant Large Project Leader. Ia bagi mengetahui lebih lanjut mengenai pembikinan model City serba baharu ini. Temubual ini turut dihadiri oleh beberapa media permotoran tempatan.

1) Difahamkan Honda City menggunakan platform baharu. Platform apakah yang digunakan dan adakah ia berkongsi dengan Jazz serba baharu atau pun model yang terdahulu?

Secara keseluruhan, produksi Honda City generasi ke-empat ini menggunakan platform baharu. Begitu juga dengan kerangka dan suspensinya. Malah platform ini juga akan digunakan untuk beberapa model baharu yang bakal menjalani pembikinan tahun ini. Honda bakal memperkenalkan kenderaan bersaiz kecil, antaranya Jazz pada tahun ini dan beberapa lagi model yang dijangka dikeluarkan pada tahun hadapan.

Justeru, platform bagi City ini juga akan diguna pakai oleh beberapa model lain pada masa yang akan datang.

2) Sebelum ini, pernah timbul isu mengenai masalah kotak gear CVT yang melibatkan Honda City generasi kedua dan yang terdahulu. Ramai pelanggan mengadu tentang pemasalahan ini. Adakah anda yakin dengan teknologi terbaharu Earth Dreams CVT ini lebih dipercayai dan tidak akan menimbulkan sebarang masalah?

Perbezaan utama berbanding dengan CVT yang terdahulu ialah kami telah memperkenalkan penukar tork (torque converter) ke CVT supaya kekuatan terhadap gear akan lebih tinggi.

Dengan mengurangkan minyak yang kurang melekit pada minyak cecair CVT, kami berjaya mengurangkan geseran daripada gear dan meningkatkan kecekapan bahan api.

3) Berkenaan dengan kotak gear CVT yang baharu ini, bagaimana dengan prestasinya, adakah daya pecutannya lebih laju berbanding dengan automatik lima kelajuan (5 AT) ?

Berbanding dengan 5AT, daya pecutan City baharu ini lebih bagus.

4) Adakah penggunakan cakera brek belakang digunakan untuk kesemua model City baharu di pasaran seluruh dunia?

Kesemua model baharu ini menggunakan brek dram seperti mana yang diaplikasikan pada model sedia ada City. Walau bagaimana pun, untuk generasi baharu ini, kami turut memperkenalkan VSA untuk mempertingkatkan aspek keselamatan yang lebih optimum.

5) Ruang dalaman City baharu ini agak besar terutamanya pada bahagian tempat duduk penumpang belakang. Bagaimana anda mencapai peningkatan ini untuk membuatkan ruang dalamannya luas dan cukup impresif?

Ia bagaikan magik daripada Honda.

Dengan menyusun semula susun atur enjin, kami berusaha untuk meletakkan ruang papan pemuka betul-betul di bahagian hadapan dan juga bahagian utama model ini. Jadi kami dapat menambah ruangan bagi kabin. Malah ruang yang luas ini juga mendahului kelasnya berbanding dengan beberapa model pesaingnya yang lain.

6) Adakah ini bermakna struktur bagi tempat duduk dinipiskan bagi memberikan lebihan ruangan pada bahagian kabin?

Kami tidak mengubah ketebalan tempat duduk. Di mana tempat duduk direka untuk memberikan keselesaan yang optimum terutamanya jika membabitkan perjalanan yang jauh.

7) Untuk model CKD ini, adakah tempat duduk juga buatan Malaysia?

Ya. Ia menggunakan komponen tempatan yang berkualiti tinggi.

8) Berkenaan dengan enjin City baharu ini, apakah perubahan yang dilakukan berbanding dengan enjin yang digunakan pada model terdahulu?

Platform enjin masih menggunakan yang sama dengan model terdahulu. Dengan mengguna pakai EGR dan mempunyai daya geseran yang rendah, maka kami juga dapat menambahkan lagi penjimatan bahan api yang lebih efisien.

9) Bagaimana pula dengan penjimatan bahan api City baharu ini, berbanding dengan model terdahulu, berapakah peratusan penggunaannya?

Jika model terdahulu, ia melibatkan 15.3km per liter, bagi model yang baharu ini ia tercatat 17.5km per liter. Iaitu dua liter lebih efisien.

10) Rekaan City ini lebih moden daripada sudut hadapan sehingga ke belakang. Adakah Honda turut menawarkan penggunaan lampu utama projektor untuk City ini yang dipasarkan di mana-mana negara?

Kami tidak menggunakan lampu utama projektor untuk mana-mana negara. Cuma ada sesetengah negara yang menggunakan lampu utama LED.

11) Berkenaan dengan sistem skrin sesentuh yang diaplikasikan pada model baharu ini, ada kemungkinankah ia akan dipertingkatkan dengan versi Apple CarPlay?

Ketika kami membangunkan sistem ini, versi yang dinyatakan masih belum ada. Namun mungkin juga pada masa hadapan, kami akan mengkaji penggunaannya.

12) Berkenaan dengan penggunaan bahan api, adakah penambah baikan enjin daripada model terdahulu memberikan penjimatan bahan api yang lebih efisien turut dipengaruhi dengan implementasi kotak gear CVT ini dan kerangka City yang lebih ringan?

Terdapat tiga elemen utama mempengaruhi penjimatan bahan api iaitu CVT, kerangka yang lebih ringan dan geseran yang lebih rendah. Ketiga-tiga elemen ini telah diberi penambah baikan bagi menghasilkan penjimatan bahan api yang lebih efisien.

Begitu juga dengan ciri-ciri aerodinamik yang ditampilkan, ia turut memainkan peranan penting di dalam perkara ini.

13) Berkenaan dengan konsep kerangka G-CON, adakah ia turut diuji bagi mengesahkan tahap ketegaran model baharu ini?

G-CON merupakan konsep kesleuruhan bagi struktur keselamatan kerangka Honda. Untuk meningkatkan aspek keselamatan, kami turut mematuhi ujian NCAP. Malah juga telah menerima pengiktirafan lima bintang daripada ASEAN NCAP.

Walau pun ia belum diuji secara rasmi dalam ujian NCAP, namun untuk mematuhi kelayakannya, kami juga telah menjalani ujian dalaman.

14) Honda pernah mengadakan ujian pelanggaran yang melibatkan model besar lawan model kecil. Apakah keputusan yang diperoleh City setelah bersaing dengan model yang lebih besar?

Ya, kami telah melakukannya, di mana terdapat kemungkinan besar model yang lebih kecil lebih remuk berbanding dengan model yang lebih besar. Namun dalam ujian pelanggaran yang melibatkan City, ujian menunjukkan bahawa ruang kabinnya masih kekal. Malah ketika diuji pelanggaran dengan model yang lebih kecil, struktur unik City hanya mengalami impak yang minima sahaja.

HONDA1

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *