Honda Civic versi facelift 2014 untuk pasaran Siam

By  |  0 Comments

2014_Honda_Civic_facelift_Thailand_03-850x526

Untungnya pasaran automotif di Thailand kerana di sana begitu pantas menerima model baharu atau pun facelift. Itu kenyataan yang tidak dapat disangkal oleh kita memandangkan pasaran di sana lebih meluas berbanding Malaysia.

Terkini, Thailand bakal menerima model facelift bagi Honda Civic. Hanya diberikan sedikit suntikan daripada rekaan luaran membuatkan ia tampil tidak banyak berbeza dengan model sedia ada.

Jadi apa yang menarik yang cuba ditampilkan pada model facelift ini?

Lihat bahagian hadapannya, ia menerima padanan jeriji ‘sarang lebah’ baharu dengan elemen krom menghiasinya. Selain itu, corong udara di bahagian tengah juga diberi suntikan yang lebih segar dengan kekemasan krom serta turut menerima padanan rim aloi yang baharu. Malah kit badan juga nampaknya baharu dan lebih sporty.

Apa pembaharuan yang terdapat pada bahagian kabin pula?

Skrin sesentuh bersaiz tujuh inci ditampilkan untuk menggantikan sistem yang ada bagi model 2.0 Navi sedia ada. Selain itu, sambungan HDMI untuk menyambungkan telefon pintar iPhone ke paparan berwarna pada papan pemuka turut ditampilkan. Skrin tersebut juga berfungsi sebagai paparan bagi kamera undur seperti mana yang ditampilkan pada model terbaharu Accord.

2014_Honda_Civic_facelift_Thailand_09-850x450

Tiada perubahan bagi bahagian mekanikal. Ia masih mengekalkan enjin 1.8 liter yang menawarkan kuasa maksimum 141 PS dan tork 174 Nm serta 2.0 liter SOHC i-VTEC (155 PS/190 Nm) dengan padanan kotak gear automatik lima kelajuan.

Dikhabarkan Malaysia juga bakal menerima model facelift ini tidak lama lagi. Cuma adakah ia versi yang sama dengan pasaran Siam atau pun tidak? Nantikan kemunculannya…

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *