UMW Toyota Motor Rasmi Pusat 3S terbaharu di Kulai, Johor

By  |  0 Comments

Signing ceremony by Tan Sri Asmat Kamaluddin witnessed by (from right)  Datuk Takashi Hibi, Datuk Ismet Suki, En Ahmad Ikram (MCSO) &  Branch Manager, Mr Jason Pang

Hujung minggu lalu, UMW Toyota Motor telah merasmikan Pusat 3S (Jualan, Alat Ganti dan Servis) Toyota paling lengkap dan terbaru, bertempat di Bandar Indahpura, Kulai, Johor dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan dan produk berkualiti bagi pelanggan-pelanggan di Selatan.

Ia dilancarkan oleh Pengerusi UMW Toyota Motor, Tan Sri Asmat Kamaludin dan disaksikan oleh Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Datuk Takashi Hibi dan Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

Pusat 3S Kulai serba baru ini disifatkan sebagai sebuah kemudahan dengan kelengkapan dan fisiliti unggul serta premium di Johor dan disasarkan untuk memberikan perkhidmatan menyeluruh kepada pelanggan di bawah satu bumbung.

UMW Toyota Motor telah membelanjakan hampir RM15 juta bagi mendirikan kemudahan pusat 3S ini demi untuk mengotakan janji memberikan pengalaman berkualiti buat semua pelanggan Toyota, melalui program atau pendekatan yang dikenali sebagai Toyota Quality Experience (TQE).

Premis ini berkeluasan 50,000 kaki persegi dan turut dilengkapi dengan ruang pameran yang luas mampu menempatkan lima kenderaan untuk dipamerkan, pusat servis dengan kapasiti untuk menyelenggara 75 buah kenderaan dalam satu hari, serta ruang menunggu untuk pelanggan yang dilengkapi kemudahan WiFi Internet.

Menurut kenyataan Datuk Ismet Suki, Toyota sentiasa memberi perhatian penuh bagi program TQE secara berterusan kepada pelanggan di dalam mana-mana peringkat perkhidmatan yang diberikan. Ia juga berdasarkan falsafah ‘Pelanggan Di Dahulukan’, maka Toyota sentiasa berusaha untuk memberikan keutamaan kepada setiap pelanggan. Malah komited memberikan produk yang berkualiti tinggi serta menawarkan khidmat pelanggan terbaik dalam usaha untuk memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan sekali gus mengukuhkan lagi Toyota sebagai jenama kenderaan bukan nasional nombor satu di Malaysia bagi tempoh lebih daripada dua dekad.

Group photo management

Terkini, UMW Toyota Motor mempunyai rangkaian jualan dan lepas jualan paling banyak dengan 97 cawangan termasuk pengedar di seluruh negara untuk memenuhi keperluan dan permintaan terhadap kenderaan Toyota yang semakin bertambah.

Datuk Ismet juga menambah bahawa khidmat lepas jualan turut mencatatkan perkembangan, dengan 218,000 kenderaan telah diservis (CPUS) tahun lalu di bahagian Selatan dan 70 peratus daripada jumlah itu ialah dari Johor, yang mencatatkan peningkatan 7 peratus. Angka-angka ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa UMW Toyota Motor berjaya mendapat kepercayaan pelanggan dengan menepati setiap jangkaan mereka.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq