Perodua sediakan peruntukan RM6 juta untuk pengedar di UK

By  |  0 Comments

Myvi-UK-850x566

Perodua bakal mengagihkan dana operasi bernilai RM6 juta (GBP£1.2 juta) sepanjang tempoh lapan tahun untuk semua pengedar Perodua UK Limited (PDUK) bagi perkhidmatan selepas jualan di sana.

Perkhidmatan selepas jualan itu termasuklah untuk alat ganti dan waranti selepas jualan seperti servis penyelenggaraan kenderaan.

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, Perodua amat komited untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada rakan kongsi di sana bagi memastikan mereka tidak perlu mengambil masa yang lama dalam urusan membekalkan stok kenderaan.

Melalui dokumen penjanjian yang telah ditandatangani antara Perodua dan PDUK di Kedutaan Malaysia di London tempoh hari, Datuk Aminar turut menambah agihan dana sebanyak RM6 juta itu akan diserahkan pada setiap suku tahun sehingga akhir tahun 2020.

IMG-20140313-WA0003

Perodua pertama kali mengeksport kenderaan buatannya ke UK pada tahun 1998 dan sehingga kini telah menjual hampir 13,000 unit kenderaan. Antara model yang dieksport ke sana termasuklah Perodua Kancil yang dikenali sebagai Nippa di UK, selain Kelisa, Kenari dan Myvi.

Kini, PDUK sudah pun mempunyai 44 pusat edaran yang terletak di England, Wales, Scotland, Ireland Utara dan Kepulauan Channel.

Selain UK, Perodua sudah pun mengeksport ke tujuh buah negara lain iaitu Indonesia, Singapura, Brunei, Fiji, Mauritius, Nepal dan Sri Lanka.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *