Toyota Camry 2.0G X sudah boleh ditempah

By  |  0 Comments

camry-x_banner-850x332

Selepas memperkenalkan model penambah baikan (facelift) Toyota Camry pada pertengahan tahun lalu, UMW Toyota Motor bersedia untuk melancarkan varian baharu iaitu Toyota Camry 2.0G X. Ia telah pun dipromosikan di laman sesawang rasmi mereka. Malah ia juga boleh ditempah efektif hari ini.

Varian ini menawarkan pertambahan elemen yang mempunyai sedikit perbezaan imej berbanding dengan model 2.0G yang popular. Ia menerima padanan rim aloi bersaiz 17 ini dan lampu utama projektor HID yang menyerlahkan lagi penampilan luarannya.

Manakala bahagian kabinnya menampilkan kerusi balutan material kulit upholstery berwarna coklat gelap dan juga kekemasan unik kayuan menghiasi bahagian papan pemukanya. Malah ia juga tampil dengan unit kepala 2-DIN baharu dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh inci, pemain DVD, Bluetooth, sambungan telefon pintar, navigasi dan kamera undur.

toyota-camry-2-0-g-x-2014-price-list

Bagi sudut mekanikal, varian ini masih dijanakan oleh enjin 2.0 liter empat silinder dan dipadankan dengan kotak gear automatik empat kelajuan.

Untuk aspek keselamatan, 2.0G X ini hanya tampil dengan dua beg udara, VSC dan TRC.

Mengikut risalah, varian ini ditawarkan pada harga atas jalan RM159,000 seunit yang dilengkapi dengan insurans.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq