Hyundai PassoCorto hanya untuk santapan mata

By  |  0 Comments

hyundai-passocorto-concept001-1

Bukan kerana dipengaruhi pencabar terdekatnya yang berasal dari negara yang sama iaitu Kia yang berjaya menghasilkan jentera konsep GT4 Stinger yang diperkenalkan di Detroit Motor Show Januari lalu. Namun bagi Hyundai, bagi mencabar kebolehan mereka sendiri, maka terhasillah PassoCarto iaitu jentera sport car konsep yang bakal dipamerkan di Geneva Motor Show minggu hadapan.

Apa yang menariknya tentang PassoCarto ini ialah ia direka cipta oleh sekumpulan pelajar seramai 16 orang dari Instituto Europeo di Design di Turin, Itali dan di bawah pemantauan Luca Borgogna iaitu ketua pereka bentuk di Pininfarina. Rekaan PassoCarto ini turut diselia oleh studio reka bentuk Hyundai Eropah.

hyundai-passocorto-concept002-1

PassoCarto dijanakan oleh enjin 1.6 liter berkonfigurasi empat silinder pengecas turbo yang mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 266 hp iaitu kurang 45 hp berbanding Kia GT4 Stinger (yang memiliki enjin berkuasa 2.0 liter turbo). Ia memiliki panjang 4.100mm, 1.880m lebar, 1.160mm tinggi dan jarak roda 2.450mm.

Ditampilkan dengan saluran udara besar di bahagian hadapan, di kedua belah sisi kiri dan kanan, mempunyai garisan LED nipis serta kedudukan bonet yang agak tinggi membuatkan PassoCarto ini tampil sedikit unik.

Walau bagaimana pun,buat setakat ini, Hyundai masih tidak mempunyai sebarang perancangan untuk memproduksikan sport car dua tempat duduk ini. Jadi ia hanya untuk santapan mata sahaja, bukan bakal dijual dalam pasaran komersial.

hyundai-passocorto-concept005-1

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *