Honda Civic 2016 sedang diuji di Thailand

By  |  0 Comments

2016_Honda_Civic_spied_testing_Thailand-e1448444797969

Memang ramai yang tidak sabar menantikan kehadiran Honda Civic generasi ke-10 ini. Ia telah pun didedahkan secara rasminya di USA pada September lalu.

Terkini, laman media sosial Facebook milik Honda Accord Club Thailand telah memaparkan sekeping foto yang menunjukkan bahagian belakang Civic ini.

Dilihat daripada bentuk badan jentera ini, Civic 2016 yang didakwa sedang diuji di negara berkenaan hanya ditutupi ‘camauflage’ bagi menyembunyikan identitinya terutamanya pada bahagian logonya. Walau bagaimana pun, ia masih boleh ‘dilihat’ sebagai Civic 2016.

Kehadiran Civic 2016 ini seakan memberikan petanda bahawa ia bakal memasuki pasaran Rantau Asian termasuk Malaysia.

Honda_Civic_2016_4

Kalau diikutkan pada model sebelumnya, ia agak berbeza dengan penampilannya di USA dan untuk pasaran Malaysia. Walau bagaimana pun, ternyata spesifikasinya memang akan berbeza antara negara. Jadi apa yang dilihat ini, tidak semestinya akan sama dengan model yang bakal kita terima.

Bagi pasaran US, Civic 2016 ini bakal dipadankan dengan dua pilihan enjin baharu iaitu 2.0 liter aspirasi-natural DOHC dengan kuasa maksimum 158hp pada 4,200 rpm dan tork puncak 187 Nm pada 4,200 rpm. Serta menawarkan pilihan enjin 1.5 liter pengecas turbo dengan hamburan kuasa sehingga 174 hp pada 5,500 rpm dan tork 220 Nm antara 1,800 hingga 5,000 rpm.

Honda_Civic_2016_13

Kedua-dua enjin ini akan dipadankan dengan kotak gear automatik CVT (G-Design Shift Logic generasi baharu). Transmisi manual enam-kelajuan juga turut ditawarkan untuk model 2.0L. Walau bagaimana pun tiada pilihan kombo transmisi turbo-manual.

Ia juga telah menjalani perubahan dan penambah baikan yang lebih optimum bagi pengendalian, stereng, NVH serta kualiti dalamannya. Secara tidak langsung memberikan penampilan yang lebih mengagumkan.

Berbanding model sedia ada, Civic 2016 ini 51 mm lebih lebar, 25 mm lebih rendah dengan jarak roda yang dipanjangkan sedikit berukuran 30 mm.

Rekaan luarannya juga lebih menarik perhatian. Pada bahagian hadapannya, imej sporty begitu terserlah dengan palang tunggal yang melintang tunggal pada bahagian gril. Ia juga disambung terus pada lampu utama LED.

Ia juga mempunyai garisan landai yang memberikan sedikit pandangan umpama sebuah coupe. Manakala bahagian belakangnya pula turut dihiasi dengan lampu belakang LED berbentuk-C.

Untuk bahagian kabinnya, Civic 2016 sedan menampilkan sejumlah lebih 105 liter bagi ruang dalamannya berbanding model sedia ada iaitu tambahan 51 mm untuk ruang kaki. Begitu juga dengan kapasiti but turut dipertingkatkan sebanyak 74 liter iaitu 428 liter.

Bagi ketegaran kerangkanya, ia telah dipertingkatkan sebanyak 19%, manakala bagi kilasan pula telah ditambah baik sebanyak 23%. Honda telah menggunakan keluli ketahanan tinggi sebanyak 59% dan keluli ultra-ketahanan tinggi sehingga 14%.

Honda_Civic_2016_9

Kelebihan di sebalik pertambahan ketegaran ini adalah untuk memberikan kemantapan yang lebih optimum pada suspensi bagi pengendalian yang lebih mantap dan beroprestasi. Serta boleh menambahkan keselesaan pemanduan.

Kerangkanya juga lebih berdinamik termasuk bentuknya yang mengurangkan seretan angin bagi memberikan penjimatan bahan api dan mengurangkan bunyi dari menyerap ke dalam kabin.

Bagaimana dengan pasaran di Malaysia? Apakah yang anda harapkan?

Nantikan perkembangan selanjutnya apabila Honda Malaysia sudah bersedia tampil dengan berita mengenainya.

GALLERY : Honda Civic 2016 Spesifikasi USA

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq