Honda 3S Semenyih dilancarkan

By  |  0 Comments

Pic 2 - SAG Ultimate new 3S Centre

Honda Malaysia Sdn. Bhd. telah melancarkan pusat 3S baharu yang terletak di Semenyih, Selangor. Ia turut menyaksikan komitmen padu Honda untuk memberikan servis yang efisien dan memudahkan lagi para pelanggan di kawasan sekitar.

Menurut Pengarah Urusan & CEO Honda Malaysia, Yoichiro Ueno, “Fasiliti baharu ini direka bagi memberikan lebih keselesaan dengan suasana santai serta luaran yang sofistikated untuk memberikan pengalaman bermakna buat para pelanggan. Semenyih merupakan salah satu kawasan yang pesat berkembang di Selangor. Dengan adanya fasiliti baharu dan lokasi yang strategik, kami yakin ia mampu membantu meningkatkan lagi jualan dan perkhidmatan selepas jualan untuk para pelanggan di Selangor.”

Pic 7 - SAG Ultimate CEO Eric Quah_Honda Malaysia MD & CEO_Yoichiro Ueno_Honda Malaysia President & COO_Roslan Abdullah and SAG Ultimate Director_Justin See

Pusat 3S Honda Semenyih ini seluas 22,000 kaki, dibina dengan kos keseluruhan bernilai RM19 juta. Ia dilengkapi dengan 14 petak penyelenggaraan yang mampu menyelenggara hampir 30 unit kenderaan sehari, ruang lounge untuk pelanggan sementara menunggu kenderaan diservis dengan perkhidmatan wifi percuma dan kawasan permainan kanak-kanak.

Operasi yang diuruskan oleh SAG Ultimate Sdn. Bhd. iaitu merupakan pengedar pertama Honda yang membangunkan pusat 3S mengikut Honda Dealership Facility Program. Di mana pada dua tahun yang lalu, Honda telah memperkenalkan Identiti Korporat baharu bagi memastikan semua pengedar dapat menawarkan fasiliti dan perkhidmatan berkualiti yang diharapkan oleh para pelanggan.

Pic 9 - Well-equipped service bays at SAG Ultimate

Dari Januari hingga Oktober tahun ini, Honda Malaysia telah mencatatkan jualan sehingga 74,920 unit yang menyaksikan lonjakan sebanyak 19% berbanding jangka masa yang sama tahun lalu. Rekod baharu ini turut mengekalkan Honda sebagai No.1 dalam segmen Kenderaan Penumpang Bukan-Nasional di Malaysia.

Malah pada awal bulan ini, Honda Malaysia telah mengumumkan kejayaan pencapaian mereka melepasi pencapaian setengah juta unit jualan kenderaan di Malaysia.

Kini, Honda Malaysia telah pun mempunyai 86 wakil pengedar di seluruh Malaysia bagi memberikan perkhidmatan jualan dan selepas jualan kepada para pelanggan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *