Honda Civic 2016 alami transformasi lebih komprehensif

By  |  1 Comment

Honda_Civic_2016_4

Honda Civic 2016 telah pun diperkenalkan di Amerika Syarikat bada bulan lalu. Dan baru-baru ini, Honda telah menyebarkan lebih banyak mengenai Civic generasi ke-10 ini termasuk lambakan foto pelbagai sudut termasuk dalaman.

Menurut Honda, Civic baharu ini dibangunkan secara lebih komprehensif dan menyaksikan kehebatan barisan kejuruteraan syarikat itu sendiri.

Pembangunan bagi Civic Sedan dalam tiga pilihan kerangka iaitu coupe, hatchback dan wagon, serta satu lagi varian iaitu Type R, dijalankan oleh pasukan Honda Amerika Utara.

Walau bagaimana pun, secara keseluruhannya, ia juga mendapat sentuhan pasukan jurutera dan pereka Honda di seluruh dunia, termasuk Jepun, Eropah, Amerika Selatan dan negara Asia.

Transformasi yang lebih signifikan dan komprehensif telah dilakukan terhadap Civic gen-10 ini. Di mana Honda menganggapnya sebagai “perubahan yang lebih dinamik” dan “tampil dengan gaya tersendiri”.

Honda_Civic_2016_47

Malah Civic 2016 ini juga dianggap sebagai penanda aras baharu bagi Honda amnya kerana ia menjalani perubahan dan penambah baikan yang lebih optimum bagi pengendalian, stereng, NVH serta kualiti dalamannya. Secara tidak langsung memberikan penampilan yang lebih mengagumkan.

Malah Civic 2016 ini juga dianggap sebagai “Civic paling sporty” dan ditampilkan dengan elemen yang lebih terbaik termasuk ruang dalaman yang luas, penjimatan bahan api, dilengkapi pelbagai elemen keselamatan dan prestasi berdinamik.

Apa yang menariknya tentang Civic 2016 ini?

Ia bakal ditampilkan dengan enjin baharu yang lebih berteknologi tinggi serta teknologi yang lebih premium.

Berbanding model sedia ada, Civic 2016 ini 51 mm lebih lebar, 25 mm lebih rendah dengan jarak roda yang dipanjangkan sedikit berukuran 30 mm.

Rekaan luarannya juga lebih menarik perhatian. Pada bahagian hadapannya, imej sporty begitu terserlah dengan palang tunggal yang melintang tunggal pada bahagian gril. Ia juga disambung terus pada lampu utama LED.

Ia juga mempunyai garisan landai yang memberikan sedikit pandangan umpama sebuah coupe. Manakala bahagian belakangnya pula turut dihiasi dengan lampu belakang LED berbentuk-C.

Untuk bahagian kabinnya, Civic 2015 sedan menampilkan sejumlah lebih 105 liter bagi ruang dalamannya berbanding model sedia ada iaitu tambahan 51 mm untuk ruang kaki. Begitu juga dengan kapasiti but turut dipertingkatkan sebanyak 74 liter iaitu 428 liter.

Honda_Civic_2016_37

Bagi ketegaran kerangkanya, ia telah dipertingkatkan sebanyak 19%, manakala bagi kilasan pula telah ditambah baik sebanyak 23%. Honda telag menggunakan keluli ketahanan tinggi sebanyak 59% dan keluli ultra-ketahanan tinggi sehingga 14%.

Kelebihan di sebalik pertambahan ketegaran ini adalah untuk memberikan kemantapan yang lebih optimum pada suspensi bagi pengendalian yang lebih mantap dan beroprestasi. Serta boleh menambahkan keselesaan pemanduan.

Kerangkanya juga lebih berdinamik termasuk bentuknya yang mengurangkan seretan angin bagi memberikan penjimatan bahan api dan mengurangkan bunyi dari menyerap ke dalam kabin.

Honda_Civic_2016_18

Penambah baikan NVH pula didorong oleh cermin pelindung akustik, tiga lapisan penutup pintu, pelindung pintu pada sudur belakang serta pemegang hidraulik pada bahagian enjin (hadapan) dan suspensi yang rendah.

Civic 2016 ini juga menampilkan teknologi “soft zone: yang bertama kali diimplementasikan oleh Honda. Ia merupakan teknik pembentukan khas bagi menghasilkan kawasan khas atau zon lembut, dalam bahagian keluli ultra-kekuatan tinggi.

Hasilnya, ia membuatkan komponen terlibat lebih ringan tanpa meninggalkan elemen ketegaran dan kemantapannya. Dalam masa yang sama, ia mampu menyerap kesan hentakan akibat kemalangan.

Satu lagi teknologi baharu yang diterapkan oleh Honda ialah penggunaan struktur badan Advanced Compatibility Engineering (ACE), yang dibangunkan oleh syarikat ini sendiri di makmal kajian keselamatan di Ohio. Dengan struktur serapan hentakan ini, ia mampu mengurangkan kesan pelanggaran hadapan apabila bahagian tersebut direndahkan sedikit dari bahagian enjin.

Honda turut memilih casis yang lebih berteknologi tinggi malah dikatakan yang terbaik dalam kelasnya. Manakala padanan suspensi topang MacPherson di hadapan dan multi-link di belakang, turut menambahkan lagi kemantapan jentera ini. Ia memberikan pengendalian yang lebih tangkas, tidak kira apa jua corak pemanduan.

Selain itu, antara ciri lain yang turut diaplikasikan termasuklah Straight Driving Assist (SDA) yang mengurangkan bebanan stereng ketika memandu di jalan yang curam dan juga Automatic Brake Hold yang sangat praktikan terutamanya ketika sedang dalam kesesakan lalu lintas.

Honda_Civic_2016_24

Bukan itu sahaja, Civic baharu ini juga dipadankan dengan rim bersaiz 16- dan 17-inci yang dibaluti tayar 215/55 rubber untuk rim yang lebih kecik dan 215/50 untuk rim besar.

Civic 2016 ini bakal dipadankan dengan dua pilihan enjin baharu iaitu 2.0 liter aspirasi-natural DOHC dengan kuasa maksimum 158hp pada 4,200 rpm dan tork puncak 187 Nm pada 4,200 rpm. Serta menawarkan pilihan enjin 1.5 liter pengecas turbo dengan hamburan kuasa sehingga 174 hp pada 5,500 rpm dan tork 220 Nm antara 1,800 hingga 5,000 rpm.

Kedua-dua enjin ini akan dipadankan dengan kotak gear automatik CVT (G-Design Shift Logic generasi baharu). Transmisi manual enam-kelajuan juga turut ditawarkan untuk model 2.0L. Walau bagaimana pun tiada pilihan kombo transmisi turbo-manual.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *