Hyundai-Sime Darby Motors lancar minyak enjin khas untuk kenderaan Hyundai

By  |  0 Comments

L to R - With Hyundai Technicians and the newly launched Shell-Hyundai Engine Oil are Mr Ahn Joon Moo, Mr Leslie Ng and Mr Lau Yit Mun

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah bekerjasama dengan Shell untuk melancarkan Shell-Hyundai Helix HX 7 AH dan Shell-Hyundai Ultra AH, yang diformulasi khas untuk kenderaan Hyundai.

Boleh didapati dalam semi-sintetik dan sintetik sepenuhnya, minyak enjin ini mampu mengoptimakan prestasi enjin Hyundai dengan meningkatkan penjimatan bahan api dan prestasi penyejukan, menstabilkan pelinciran di bawah suhu ekstrem serta menawarkan pelindungan yang lebih berganda.

Minyak enjin Shell-Hyundai ini diformulasi untuk semua jenis enjin termasuk petrol. diesel, NGV, bio-diesel dan campuran etanol. Dengan pelancaran minyak enjin ini, para pelanggan boleh menikmati prestasi kenderaan yang memberangsangkan.

Minyak enjin ini bakal boleh didapati di semua pusat servis bertauliah Hyundai di Semenanjung Malaysia mulai Disember 2015. Manakala untuk Malaysia Timur pula bermula Januari 2016.

Dalam masa yang sama, HSDM turut melancarkan My Hyundai Care App iaitu untuk menyalurkan maklumat mengenai servis kenderaan mereka menerusi telefon bimbit.

Menurut Lau Yit Mun, Pengarah Urusan HSDM, “Dengan adanya aplikasi ini, para pelanggan dapat mengakses maklumat berkenaan dengan servis kenderaan menerusi telefon bimbit pintar. Malah mereka boleh terus menempah jadual servis di mana-mana pusat servis.”

Tucson_Executive_70

Selain itu, My Hyundai Care App turut akan menghantar pemberitahuan dna pengingatan menerusi notifikasi sekurang-kurangnya seminggu sebelum kenderaan harus diservis, menyimpan data servis dan juga telefon bantuan untuk kecemasan.

Bukan itu sahaja, para pelanggan juga boleh mengetahui berita terkini mengenai Hyundai termasuk pelancaran model baharu, kempen servis dan pelbagai promosi anjuran HSDM.

Aplikasi ini boleh dimuat turut di iOS dan GooglePlay dan ia adalah percuma bermula 1 Disember ini.

Di samping itu, HSDM turut melancarkan ‘Hyundai Care Programme’, iaitu jadual servis berkala yang meliputi tiga pakej iaitu Care Basic, Care Advance dan Care Advance Plus.

Care Bacis menawarkan penggantian minyak enjin, penapis minyak dan palam minyak gasket. Manakala Care Advance pula untuk penggantian elemen penyelenggaraan termasuk penapis udara, cecair brek, penapis penghawa dingin, palam pencucuh, dan cecair penyejuk.

Bagi Care Advance pula, ia meliputi servis besar termasuk penggantian Cecair Transmisi Automatik, cecair brek tali sawat enjin dan penapis penghawa dingin.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv games dominoqq pkv games pkv pkvgames qiuqiu pkv pkv games bandarqq dominoqq pkvgames slotgacor parlay pokerqq parlay
situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games dominoqq situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq