VIDEO : Paparan perician Mitsubishi Pajero Sport baharu

By  |  0 Comments

Mitsubishi Motors Corporation (MMC) telah memaparkan video mengenai Mitsubishi Pajero Sport baharu menerusi FB. Video ini menerangkan lebih terperinci mengenai SUV ini serta elemen yang sedang dibangunkan.

Mitsubishi Pajero Sport baharu telah ditampilkan secara eksklusif di Thailand dan bakal memasuki pasaran Malaysia pada masa akan datang. SUV yang menggunakan platform Triton ini turut menampilkan tempat duduk barisan ketiga dan kapasiti keseluruhan penumpang yang boleh dibawa ialah seramai tujuh orang.

SUV ini ditampilkan dengan rekaan hadapan baharu Mitsubishi iaitu “Dynamic Shield” seperti mana model facelift Outlander Sport dengan lampu utama yang lebih nipis disambung pada lampu nyalaan siang LED. Lampu kabusnya pula diposisikan sedikit bawah pada bahagian bampar.

Mitsubishi_Pajero_sport_2016_11

Ia juga memberikan ruang personal yang lebih selesa buat pemandu. Malah turut memberikan pengalaman pemanduan yang paling “senyap” di dalam kelasnya.

Mitsubishi Pajero Sport ini didatangkan dengan enjin 2.4 liter MIVEC turbodiesel yang dipadankan dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan yang baru dibangunkan khas untuk model ini. Walau bagaimana pun kuasa dan tork bagi SUV ini belum didedahkan lagi, namun difahamkan ia antara 154 PS/380 Nm dan 181 PS/430 Nm.

Mitsubishi_Pajero_sport_2016_77

Penjana kuasa ini dipadankan dengan sistem Super Select 4WD-II yang membolehkan penukaran pacuan roda-belakang ke 4WD semasa jentera sedang bergerak. Ia turut menampilkan mod pemanduan off-road dengan pelbagai keadaan permukaan jalan termasuk berlumpur, licin, berpasir dan berbatu dengan hanya menekan butang. Ia juga mempunyai jejari pusingan yang bagus iaitu 5.6 meter.

Menerusi video ini turut memaparkan elemen teknologi dalam Pajero Sport termasuk brek parkir elektrik, sistem paparan pelbagai-arah, amaran titik buta, dan Ultrasonic Misacceleration Mitigation System.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *