8 pengendali lebuhraya layak menaikkan lagi kadar tol atau terima pampasan tahun hadapan

By  |  0 Comments

LDP_Toll_EXTRA

Sebanyak lapan lebuhraya di negara ini, termasuk Lebuhraya Damansara-Puchong dan Lebuhraya Utara-Selatan, layak menaikkan lagi kadar tol atau menerima pampasan daripada kerajaan, tahun hadapan.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, jika aliran trafik di lebuh raya berkenaan tidak mencapai anggaran sepatutnya, kerajaan mungkin membenarkan kenaikan kadar tol kerana komitmen kewangan yang terpaksa ditanggung oleh syarikat konsesi.

Fadillah berkata kadar tol sesuatu lebuh raya ditentukan oleh kos pembinaan dan anggaran aliran trafik, dan kenaikannya dikaji semula setiap tempoh masa tertentu seperti yang termaktub dalam perjanjian.

Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM593.32 juta bagi pampasan kepada syarikat konsesi ini, jika tidak dibenarkan untuk menaikkan kadar tol.

Katanya, kerajaan telah menambah baik terma-terma perjanjian berkenaan kenaikan kadar tol dengan syarikat konsesi lebuh raya sedia ada.

TritonMediaDrive_17

Antara terma yang ditambah baik itu ialah memansuhkan kenaikan kadar tol secara automatik walaupun sudah ditetapkan tempoh masa tertentu bagi kenaikan dalam perjanjian sebelum ini.

Fadillah turut berkata kadar tol sesuatu lebuh raya ditentukan oleh kos pembinaan dan anggaran aliran trafik, dan kenaikannya dikaji semula setiap tempoh masa tertentu seperti yang termaktub dalam perjanjian.

Beliau berkata terma lain yang ditambah baik ialah kerajaan boleh menamatkan perjanjian lebih awal dari tarikh yang dipersetujui dalam perjanjian jika syarikat konsesi mencapai keuntungan yang tertentu.

Menurutnya kerajaan dari semasa ke semasa mengadakan perbincangan dengan syarikat konsesi, pemegang bon dan pembiaya projek lebuh raya mengenai kadar tol.

“Kita kena mengimbangi beberapa perkara seperti kemampuan kerajaan, kepentingan syarikat konsesi dan kepentingan pengguna,” katanya.

Pada Oktober lalu, sebanyak 18 lebuhraya telah menaikkan kadar tol, menyaksikan peningkatan sebanyak 20 sen hingga RM2.30 bagi kenderaan penumpang Kelas 1.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *