SPAD akan usul pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat – Bakal haramkan Uber & Grabcar

By  |  0 Comments

GTY 495298219 I FIN HUM GBR EN

Akhbar Kosmo hari ini telah menyiarkan laporan khas mengenai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang kini dikatakan dalam proses bagi mengusulkan pindaan terhadap Akta Pengangkutan Awam Darat (PAD) bagi membolehkan mereka mengambil tindakan ke atas pengendali aplikasi yang menawarkan perkhidmatan teksi sapu.

Menurut sumber SPAD, suruhanjaya itu kini sedang mengkaji akta tersebut sebelum ia dibawa ke Jabatan Peguam Negara bagi mengemukakan cadangan berkenaan.

Pindaan itu bersifat wajar bagi mengekang operasi perkhidmatan teksi sapu menerusi aplikasi mudah alih seperti Uber dan Grabcar.

Sejak mewujudkan Uber dan kemudian Grabcar, perkhidmatan teksi sapu menerusi aplikasi dalam talian ini dikatakan telah memporak-perandakan industri pengangkutan awam khususnya teksi. Malah bantahan demi bantahan telah dilakukan oleh pengusaha dan pemandu teksi sah namun sehingga kini perkara tersebut masih kabur iaitu mengenai perkhidmatan teksi sapu berkenaan.

Sehingga kini, Uber mahu pun Grabcar masih gagal untuk mematuhi undang-undang yang termaktub dan masih meneruskan perkhidmatan seperti biasa disebabkan ia mendapat sambutan di kalangan masyarakat sendiri.

Menurut laporan khas ini, sekiranya Kabinet meluluskan pindaan akta tersebut, SPAD boleh mengambil tindakan terhadap pengendali aplikasi berkenaan sekali gus mengekang perkhidmatan teksi sapu ini.

SPAD1

Semua pasti sedia maklum, biar pun dilengkapi dengan perlindungan insurans dan cukai jalan, namun perkhidmatan teksi sapu ini menggunakan kenderaan persendirian dan bukannya perdagangan.

Justeru, ia mendatangkan risiko khususnya kepada penumpang yang menggunakan perkhidmatan ini kerana tidak dilengkapi dengan insurans bagi penumpang. Malah jika terjadinya insiden termasuk kemalangan, pihak insurans tidak akan membayar sebarang ganti rugi.

Setakat ini, SPAD telah mengambil tindakan terhadap 144 kenderaan yang dipercayai digunakan dalam perkhidmatan ini dan 110 kenderaan daripada jumlah tersebut sudah disita, dan selebihnya masih dalam proses siasatan.

Malah SPAD juga sedang membuat permohonan di mahkamah bagi melucutkan hak kenderaan terhadap 110 unit kereta yang disita. Antara penyebab tindakan diambil ialah mereka didapati gagal beroperasi mengikut kelas lesen, gagal menyediakan permit atau dokumen, pemindahan lesen tanpa kebenaran dan beroperasi tanpa permit.

Daripada jumlah keseluruhan kenderaan yang diambil tindakan, 97 daripadanya adalah daripada perkhidmatan Uber, Grabcar (43), Easy Taxi (3) dan Black Lane (1).

Sumber foto : FB SPAD

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *