Perodua Tweckbot tawar 50 mata pemeriksaan percuma sempena Deepavali

By  |  0 Comments

tweckbot 039

Perodua Tweckbot kini sempena dengan perayaan Deepavali dengan menawarkan 50 mata pemeriksaan percuma bagi semua pemilik kenderaan Perodua di lokasi terpilih.

Lokasi Perodua Tweckbot kali ini ialah Aeon Rawang iaitu pada 6 dan 8 November ini.

Pemeriksaan percuma kenderaan Perodua ini melibatkan bahagian enjin, transmisi, sistem penyejuk, sistem brek, tayar, sistem suspensi, sistem elektrikal, sistem stereng berkuasa, sistem klac dan diagnosis enjin.

Ini merupakan program Perodua Tweckbot ketiga bagi tahun ini, selepas dilancarkan sempena Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Projek Perodua Tweckbot yang telah bermula sejak tahun 2011 lalu melibatkan promosi menerusi laman media sosial di mana para pelanggan Perodua boleh mengetahui lokasi dan tarikh krew Tweckbot bakal berada untuk tujuan pemeriksaan percuma ini.

Selain mata ganjaran percuma, Perodua turut menawarkan diskaun sebanyak 20% untuk alat ganti dan aksesori terpilih di semua pusat servis Perodua (tertakluk pada terma dan syarat).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *