Mitsubishi Malaysia umum kenaikan harga – Efektif suku pertama 2016

By  |  0 Comments

New Sporty Blue ASX

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mengumumkan kenaikan harga bagi semua model kenderannya efektif pada suku pertama 2016.

Kenaikan harga ini didorong oleh faktor susut nilai mata wang Ringgit yang memberikan kesan terhadap kos keseluruhan pembuatan kenderaan.

Kenaikan harga ini melibatkan antara 2% hingga 7% bergantung pada model.

“Walau pun berhadapan dengan cabaran ini, MMM akan terus kekal komited termasuk menawarkan pelbagai promosi menarik untuk pelanggan kami,” ujar CEO MMM, Yang Won-Chul.

Menurut MMM, sekiranya Ringgit Malaysia mengalami perubahan positif pada masa akan datang, pihaknya akan mengkaji semula struktur harga ini.

Antara model yang kini berada di pasaran Malaysia adalah termasuk ASX, Triton, Pajero, Attrage dan Mirage.

Kini MMM mempunyai 58 bilik pameran (49 daripada adalah pusat 3S) dan 53 pusat servis di seluruh negara.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *