Shell lancar koleksi edisi terhad Lego Shell V-Power

By  |  0 Comments

Shell_Lego_V_Power_IK 002

Bagi penggemar Lego, ini mungkin masa yang sesuai untuk anda menambah koleksi. Shell telah pun melancarkan koleksi edisi terhad Lego Shell V-Power pagi tadi, di pusat membeli-belah Sunway Pyramid.

Koleksi terbaharu ini sudah boleh didapati di stesen Shell di seluruh Malaysia mulai hari ini. Ia dihasilkan melalui kolaborasi dengan Ferrari dan Kumpulan Lego dengan memperkenalkan enam jenis model baharu.

Koleksi ini termasuk empat buah kereta ikonik Ferrari, set Garisan Penamat dan Podium dengan patung mainan jurutera Ferrari Scuderia Lego dan set stesen Shell seperti yang terdapat di Litar Fiorano, iaitu litar persendirian milik Ferrari Scuderia di Maranello, serta patung mainan saintis Shell Lego.

Shell_Lego_V_Power_IK 003

“Melalui koleksi Lego Shell V-Power ini, kami dapat menarik minat orang ramai untuk menjadikan Shell sebagai stesen kegemaran mereka. Bagi Shell, aktiviti membina kereta mainan ini akan menjadi lebih bermakna jika dikongsi bersama. Di samping memperkukuhkan lagi ikatan sesama mereka,” ujar Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn.Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd.

Dengan pembelian minimum Shell V-Power dan Shell FuelSave sebanyak RM40 atau minyak pelincir Shell Helix sebanyak 4 liter, para pelanggan berpeluang membeli salah satu daripada enam koleksi model Lego yang berharga antara RM9.90 dan RM13.90.

Para pelanggan juga turut berpeluang membeli Lori Tangki Shell edisi terhad pada harga RM9.90 dengan setiap pembelian Shell V-Power sebanyak RM40 atau Shell Helix HX5 & HX7 (4 liter) dan secara percuma dengan setiap pembelian Shell Helix Ultra 4 liter.

Koleksi ini adalah meraikan Perkongsian Teknikal selama 60 tahun antara Shell dengan Scuderia Ferrari. Manakala kerjasama antara Shell dengan Ferrari dan Kumpulan Lego pula telah berlangsung selama enam bulan.

Model kereta dalam koleksi ini turut menampilkan motor tarik ke belakang paling kecil yang pernah dihasilkan oleh Kumpulan Lego. Ia direka khusus untuk Shell bagi menggerakkan kereta sejauh lebih 2 meter dengan satu tarikan.

Model baharu bagi koleksi ini akan diperkenalkan setiap Ahad mulai 1 November hingga 13 Disember 2015, dan boleh dibeli sehingga 31 Januari 2016 atau sementara stok masih ada.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *