Nissan NP300 Navara serba baharu sedia terima tempahan – Harga bermula RM85k

By  |  0 Comments

Navara_021

Sebelum melancarkannya pada November akan datang, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) telah mengumumkan sudah bersedia menerima tempahan bagi model pikap Nissan NP300 Navara serba baharu.

Ia dipadankan dengan enjin 2.5L Diesel YD25 Nissan yang telah ditambah baik mampu menawarkan kuasa maksimum 190PS dan tork 450Nm pada 2,000rpm, menjadikannya trak pikap paling berkuasa dalam segmennya.

Gabungan transmisi automatik tujuh-kelajuan bersama mod manual iaitu pertama dalam kelasnya menjadikan NP300 Navara menjadi peneraju dengan lebih kuasa, pecutan yang lebih lancar serta menjimatkan bahan api.

Navara_020

“NP300 Navara serba baharu diyakini akan meningkatkan prestasi pemanduan dinamik, ketahanan sebenar, reka bentuk inovatif dan teknologi termaju. Maka dijadikan slogannya, ‘The Ultimate Pickup’, ” kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng.

Ia turut menerima perubahan karakter luaran dengan menampilkan DNA reka bentuk Nissan yang tersendiri serta cukup menonjol. Lampu utama LED yang lengkap dengan lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk ‘boomerang’ Nissan yang pertama dalam kelasnya, melengkapkan gril signatur ‘V-motion’ Nissan serta menyerlahkan aspek estatiknya. Di bahagian belakang, spoiler baharu menunjukkan sifat sporty NP300 Navara.

NP300 Navara Presale Leaflet Final

Malah keselesaan juga adalah sangat penting untuk trak pikap sebenar. Oleh itu, NP300 Navara mengaplikasikan tempat duduk yang diinspirasikan daripada Graviti Sifar (Zero Gravity Inspired Seats) seperti model-model premium Nissan lain. Tempat duduk ini memberi sokongan pada tulang belakang pemandu dan penumpang hadapan.

Manakala pendingin hawa dua zon dan corong udara di bahagian belakang pula memberikan penyejukan kabin yang optimum.

NP300 Navara Serba Baharu hadir bersama pelbagai ciri keselamatan untuk apa jua situasi pemanduan. Ia dilengkapi sistem ciri Active Brake Limited Slip untuk menawarkan cengkaman lebih baik serta meningkatkan kestabilan kenderaan di atas jalan yang licin, Hill Start Assist dan Hill Descent Control.

NP300 Navara Presale Leaflet Final

Ciri-ciri utama keselamatan lain termasuklah, cagak tempat duduk kanak-kanak (ISOFIX), Kawalan Dinamik Kenderaan, ABS, EBD, Bantuan Brek dan Sistem Kawalan Cengkaman untuk membantu pemandu agar sentiasa berada dalam kawalan serta dapat mengelakkan daripada bahaya dalam situasi-situasi kecemasan.

NP300 Navara Serba Baharu menawarkan empat warna iaitu Savanna Orange serba baharu, Tungsten Silver, Diamond Black dan Brilliant White.

Harga anggaran bagi model pikap ini adalah seperti berikut :

Nissan_NP300_Navara

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *