17 lebuhraya terlibat dengan penstrukturan kadar tol baharu efektif 15 Okt – Naik antara 20 sen hingga RM2.30

By  |  0 Comments

LDP_Toll_EXTRA

Berita kenaikan kadar tol yang melibatkan 15 syarikat konsesi lebuh raya di Lembah Klang dan masing-masing satu di Butterworth (Pulau Pinang) dan Senai, Johor, semalam mengundang rasa kurang senang di kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Ia melibatkan kenaikan secara purata antara 20 sen sehingga RM2.30.

Lebuhraya terbabit ialah Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Penyuraian Trafik KL-Barat (SPRINT), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK).

Selain itu, ia turut melibatkan Lebuhraya SMART, Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Berikut merupakan kadar tol baharu seperti yang diumumkan oleh syarikat konsesi lebuhraya masing-masing :

Kadar-Tol-baru

Walau bagaimana pun, kenaikan kadar tol ini tidak melibatkan semua lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan buat masa ini harganya masih seperti biasa.

Lebuhraya kendalian PLUS ialah Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR2), Lebuhraya Seremban Port-Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lintasan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang.

Kenaikan kadar tol ini turut menerima pandangan banyak pihak. Antaranya, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maamor Osman berpendapat kenaikan kadar tol itu perlu ditangguhkan kerana keadaan sekarang, sangat tidak sesuai berikutan pengguna baru berdepan kenaikan harga petrol, laporan Bernama.

Menurutnya lagi, memandangkan keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu, ia pasti memberi kesan psikologi cukup besar kepada pengguna selain tidak menolak kemungkinan ia boleh menyebabkan berlaku kenaikan harga barang keperluan.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N. Marimuthu turut berkata, kerajaan perlu mengkaji justifikasi kenaikan itu kerana ia tidak menjamin lebuh raya diselenggara dengan baik dan tidak berlaku kesesakan.

Beliau berpendapat perkara ini perlu ditangguhkan kerana kenaikan harga petrol dan kejatuhan nilai ringgit baru-baru ini telah memberikan cabaran yang perit kepada pengguna bukan sahaja yang berpendapatan rendah tetapi juga golongan pertengahan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq