Audi Q3 baharu tampil lebih rugged

By  |  0 Comments

Static Photo Colour: Hainan Blue

Audi Malaysia telah mengumumkan kemasukan model SUV kompak premium Audi Q3 baharu ke pasaran yang tampilkan dengan penambah baikan prestasi, gaya yang lebih menawan dan juga beberapa elemen yang diperbaharui.

Saiz kerangkanya adalah sama dengan model sebelumnya iaitu 4.39m panjang, 1.83m lebar, 1.59m tinggi dan jarak roda 2.6m.

Walau bagaimana pun, Audi Q3 baharu ini ditampilkan dengan pembaharuan rekaan yang lebih signifikan. Bermula dengan gril ukiran bingkai tunggal, didominasi dengan garisan melintang pada bahagian hadapan serta belakang yang menyerlahkan lagi karakter model ini.

Bahagian hadapannya juga diserikan dengan penampilkan lampu utama yang direka semua dengan teknologi xenon dan padanan lampu nyalaan siang LED.

Audi Q3 - Storage Space

Bagi bahagian kabinnya pula, sentuhan lebih segar juga ditampilkan termasuk kekemasan yang lebih elegan dan bersesuaian. Antara elemen yang ditampilkan termasuklah radio standard MMI® dengan skrin paparan berwarna TFT bersaiz 6.5-inci, sistem bunyi Audi dengan enam-saluran amplifier serta 10 pembesar suara.

Selain itu, ia turut tampil dengan sistem start/stop, bantuan parkir, bantuan mula mendaki, kawalan kestabilan elektronik (ESC), ABS, EBD dan enam beg udara.

Ruang kargonya mampu dipertingkatkan dari 460 liter hingga 1,365 liter apabila tempat duduk belakang dibaringkan.

Audi Q3 baharu ini ditawarkan dengan dua varian iaitu 1.4 TFSI dengan gabungan kotak gear S tronik enam-kelajuan yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 150 hp dan tork 250Nm antara 1.500 dan 3,500 rpm.

Ia mampu memberikan varian ini kuasa pecutan dari 0-100km/j dalam hanya 8.9 saat dan anggaran penggunaan bahan api sekitar 6.0 liter bagi setiap 100km.

Audi Q3

Selain itu, ia juga ditampilkan dengan varian 2.0 TFSI quattro® dengan padanan transmisi S tronic tujuh-kelajuan. Ia berkeupaya menghamburkan kuasa sehingga 180 hp dan tork yang lebih mengagumkan iaitu 320Nm antara 1,400 hingga 3,900 rpm.

Kombinasi dinamik ini memboleh jentera ini dipacu dari 0-100km/j dalam hanya 7.6 saat (0.2 saat lebih pantas berbanding model terdahulu) dan anggaran penggunaan bahan api pula sekitar 6.7 liter bagi setiap 100 km.

Audi Q3 baharu ini ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu Glacier White, Floret Silver, Utopia Blue, Tundra Brown dan Brilliant Black.

Ia dijual pada harga atas jalan RM217,900 untuk Audi Q3 1.4 TFSI dan Audi Q3 2.0 TFSI quattro® pula berharga RM252,900.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *