Ford dedah prestasi Ford Focus RS 2016 mampu capai 266 km/j

By  |  0 Comments

Ford telah pun mendedahkan catatan prestasi yang mampu dicapai oleh Focus RS 2016, yang kini mula dibuka tempahannya di Eropah. Focus RS 2016 yang dibangunkan di Saarlouis, Jerman, disahkan mampu dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 4.7 saat dan kelajuan maksimum yang mampu dicapai ialah 266 km/j.

Dengan ‘jantung’ 2.3 liter EcoBoost, hot hatch ini mampu menghamburkan kuasa sehingga 350 PS dan tork 440 Nm antara 2,000 hingga 4,500 rpm.

Generasi ketiga Focus RS ini turut telah dioptima kuasa pendikitnya dengan padanan teknologi Launch Control yang diaplikasikan buat pertama kalinya bagi model Ford RS. Ia turut didatangkan dengan Ford Performance All-Wheel Drive dengan Dynamic Torque Vectoring.

Ford-Focus-RS-2016-16

Sistem AWD pula menggunakan pek klac kawalan-elektronik berkembar yang menguruskan pecahan tork hadapan/belakang serta boleh mengawal penghantaran tork pada gandar belakang bagi mencapai keupayaan “penvektoran tork”.

Focus RS 2016 turut menawarkan empat Mod Pemanduan berbeza dengan konfigurasi sistem AWD, kawalan peredam, ESC, respons stereng dan enjin. Serta pelarasan bunyi ekzos iaitu Normal, Sport dan Track turut boleh didapati, di samping Mod Drift untuk mengawal oversteer drifts.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *