Ford Focus RS generasi ketiga – Hot-hatch dengan ledakan kuasa lebih 315 hp

By  |  0 Comments

Ford-Focus-RS-2016-15

Penantian yang akhirnya berbalas juga dengan kemunculan hot hatch yang ditunggu-tunggu, Ford Focus RS, di Geneva Motor Show yang sedang berlangsung ini. Ia dikatakan bakal berada di pasaran pada tahun hadapan.

Generasi ketiga Focus RS ini telah diberi peningkatan yang agresif, malah ia ditambilkan dengan pacuan semua-roda. Kuasa yang diadaptasi dari jentera Mustang iaitu enjin 2.3 liter empat-silinder EcoBoost pengecas turbo, ledakan kuasanya mampu melebihi 315 Hp dan tork setinggi 433 Nm.

Ford-Focus-RS-2016-18

Perician mengenai prestasinya masih belum diperoleh tetapi Ford mengatakan model Focys RS baharu ini akan menerima fungsi kawalan pelancar dengan butang drift yang bakal meledakkan lagi kuasanya. Malah hot-hatch ini juga menawarkan ‘keupayaan drift yang unik’ dan memiliki ‘kelajuan merentasi selekoh yang terbaik’.

Bukan itu sahaja, sistem AWD turut menampilkan pek klac kawalan elektronik yang dipasang pada unit pacuan belakang (RDU). Di mana sistem RDU ini mampu memantau keadaan jalan 100x per saat dan menghantar tork sehingga 70% pada gandar belakang.

Ford-Focus-RS-2016-9

Focus RS 2016 ini juga bakal dilengkapi dengan transmisi manual enam-kelajuan yang menghantar kuasa pada semua roda bersaiz 19-inci yang dibaluti tayar Michelin Pilot Super Sport 235/35 R19.

Jentera hot-hatch ini bakal diproduksi bermula akhir tahun ini dan mula berada di pasaran menjelang musim bunga tahun hadapan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *