Audi menayangkan model konsep e-tron quattro di Frankfurt Motor Show

By  |  0 Comments

Audi e-tron quattro concept

Frankfurt Motor Show 2015 yang telah membuka tirainya pada umum mulai hari ini turut menerima kehadiran Audi e-tron quattro, model konsep terbaharu dari Audi.

Di mana Audi dikatakan bakal memperkenalkan SUV sport berciri mewah yang dikendalikan secara elektrik sepenuhnya pada awal tahun 2018.

Menurut Prof. Dr. Ulrich Hackenberg, ahli lembaga pengarah penguruan AUdi untuk pembangunan teknikal berkata, model konsep Audi e-tron quattro ini dibangunkan bagi membayangkan kehadiran SUV berkenaan. Ia digabungkan dengan pemanduan yang dinamik, rekaan yang mengagumkan dan keselesaan tanpa batasan.

Audi e-tron quattro concept

Kini kajian lebih terperinci sedang dilakukan termasuk untuk menentukan penjana kuasa elektriknya yang mungkin bakal menggunakan tiga motor elektrik iaitu satu untuk memacu gandar hadapan dan dua lagi untuk gandar belakang.

Kuasa yang dihasilkan oleh motor elektrik ini boleh menjangkau sehingga 435 PS, dan pemandu boleh menjana kuasanya sehingga 503 PS dan tork melebihi 800 Nm.

Apabila kuasa digunakan secara memuncak, SUV ini boleh dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 4.6 saat, dan mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 210 km/j.

Audi e-tron quattro concept

Bateri lithium-ion pula diletakkan di bawah tempat duduk penumpang belakang, ia boleh digunakan melebihi 500 km dan dicas menggunakan sistem elektrik DC atau AC. Jika menggunakan pengecas DC, ia mengambil masa selama 50 minit untuk dicas penuh.

Audi e-tron quattro ini memiliki ukuran 4.88 m panjang, 1.93 m lebar dan 1.54 m tinggi. Ia dikatakan sebagai “SUV baharu terbaik di dalam segmennya” dengan pekali seretan 0.25.

Interior

Interior

Kabin model konsep ini menampilkan kokpit ala maya yang dibangunkan seperti mana yang pernah diperkenalkan menerusi model kenderaan produksi pada tahun 2014. Ia turut menampilkan kluster instrumen digital sepenuhnya dengan dua paparan sesentuh bersama bingkai aluminium dan kaca hitam.

Pemandu juga boleh mengawal sistem pemanduan dan pencahayaan dengan alat kawalan yang terletak pada sebelah kiri. Manakala paparan besar pada sebelah kanan pula berfungsi untuk mengendalikan navigasi dan media.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *