Hanya 9% penumpang kereta memakai tali pinggang keledar – Liow

By  |  0 Comments

Rear_Seat_belt-003-850x566

Kesedaran mengenai kepentingan pemakaian tali pinggang keledar di dalam kereta semasa dalam perjalanan masih rendah dengan hanya tujuh hingga sembilan peratus penumpang kereta yang menggunakannya, ujar Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Memetik laporan Bernama, beliau berkata kementerian akan memperhebatkan lagi kempen pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang belakang, dan juga penguatkuasaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis.

“Saya berharap orang ramai akan menerima nasihat ini sebagai kepentingan mereka sendiri. Saya tidak suka untuk menghukum rakyat, tetapi jika tidak ada penguatkuasaan, pematuhan terhadap undang-undang ini sangat rendah,” ujarnya.

Liow berkata langkah yang lebih tegas dan berkesan juga akan diambil untuk mengurangkan kadar kemalangan di negara ini.

Tahun lepas, kira-kira 180,000 kemalangan jalan raya dilaporkan di seluruh negara, yang melibatkan 6674 kemalangan maut, katanya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *