Caltex tawar bahan api lebih berkualiti menerusi Premium 97 with Techron®

By  |  0 Comments

Caltex

Mulai 1 Sept, seperti mana yang diwajibkan oleh kerajaan Malaysia kepada semua stesen minyak seluruh negara, Caltex juga telah mula menjual bahan api Euro4M Ron 97 menerusi Caltex Premium 97 with Techron®.

Di mana tiga spesifikasi utama yang perlu dipatuhi iaitu pengurangan sulfur petrol RON 97 daripada 500ppm ke 50ppm, pengurangan kandungan benzena dari 5.0 jisim % ke 3.5 jisim % serta pengurangan tekanan wap (RVP).

Infokereta.com sempat menyertai bengkel penerangan ringkas mengenai Caltex Premium 97 with Techron® pada Jumaat lalu di Hilton KL. Bengkel ini dikendalikan oleh Greg Engeler iaitu Pakar Kejuruteraan Produk Kanan, Chevron Asia Pasifik.

Menurut Engeler, Premium 97 with Techron® ini akan memberikan enjin kenderaan anda bahan api yang terbaik dan prestasi yang berpanjangan.

Mengenai keistimewaan Euro4M ini, Engeler turut mengulas, “Pembakaran petrol berkualiti juga masih boleh membawa kepada pembentukan deposit. Di mana ia akan meningkatkan emisi keluar enjin dan ini boleh menjejaskan prestasi kenderaan. Oleh itu, bahan api berkualiti tinggi yang mengandungi kawalan deposit tambahan adalah diperlukan untuk mengurangkan pembentukan deposit.”

Photo 2

Menurut Engeler lagi, antara kelebihan yang ada pada Caltex with Techron® ialah ia diformulasi khas bagi membuatkan enjin kenderaan sentiasa bersih dan menghapuskan kekotoran akibat daripada komponen di dalam enjin, sekali gus menghasilkan prestasi terbaik buat kenderaan.

“Perumusan ini telah melalui penyelidikan selama lebih 30 tahun dan ia dipertingkatkan kualitinya dari masa ke semasa. Techron berfungsi secara molekul demi molekul bagi mencegah pembentukan deposit. Malah bahan Techron berada dalam semua gred petrol Caltex,” ujarnya lagi.

Malah kualiti bahan api ini telah dipertingkatkan dengan tahap sulfur yang lebih rendah membolehkan teknologi baharu pascarawatan (catalysts). Malah petrol oktana (octane) yang tinggi turut membolehkan pemampatan leboh tinggi, seterus meningkatkan kecekapan enjin.

Selain itu, apabila petrol ini mempunyai tahap pencucian (detergency) tinggi, ia membolehkan penyaluran bahan api yang jitu semasa proses pembakaran. Seterusnya memberikan prestasi enjin yang lebih tinggi, sekali gus memberikan penjimatan yang lebih efisien.

Kuasa pembersihan Techron telah diuji menerusi dua ujian iaitu Kajian Boroscope, di mana sebuah kamera kecil dimasukkan ke dalam enjin kenderaan dan imej serta video injap pengambilan telah dirakamkan. Ia bagi memastikan tahap kebersihan injap kenderaan serna dinilai menggunakan sistem penarafan Co-operative Research Council Intake Valve Deposit.

Ujian kedua pula ialah Demonstrasi Kawalan Deposit Perbatuan Tinggi yang diuji menggunakan “Richmond Mileage Accumulation Dynometer’.

Menerusi Caltex Premium 97 with Techron®, ia memberikan lima manfaat utama iaitu kuasa maksimum, penjimatan bahan api, pemanduan lancar, emisi rendah dan prestasi dipercayai.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq