Harga bahan api bagi Sept 2015 : RON95 & RON97 turun 10 sen seliter, diesel turun 15 sen seliter

By  |  0 Comments

Petronas Primax 97 Euro 4M 002

Walau pun keadaan Ringgit dikatakan agak membimbangkan, namun ini tidak menghalang pihak kerajaan menurunkan harga bahan api untuk bulan September ini.

Berkuat kuasa 12:01 tengah malam ini, harga baharu bagi RON95 ialah RM1.95 seliter, dan RON97 pula RM2.35 (termasuk GST) seliter. Ini melibatkan penurunan sebanyak 10 sen bagi kedua-dua bahan api berkenaan.

Sementara itu, harga baharu bagi diesel pula ialah RM1.80 seliter iaitu turun sebanyak 15 sen. Manakala diesel Euro 5 pula ialah RM1.90, yang turut melibatkan penurunan harga sebanyak 15 sen.

Pada bulan Ogos, harga bagi RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pula RM2.45 seliter (termasuk GST), dan diesel RM1.95 seliter.

Malah mulai 1 Sept ini juga, semua stesen minyak juga akan mula menjual Euro-4M RON97 yang memiliki kualiti bahan api lebih baik berbanding sebelum ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *