Harga bahan api bagi Ogos 2015 : RON95, RON97 & diesel turun 10 sen seliter

By  |  0 Comments

RON95

Inilah hadiah pertama selepas rombakan kabinet berlangsung!

Harga bagi bahan api Ron95, RON97 dan diesel untuk Ogos 2015 ini diumumkan turun 10 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pula RM2.45 seliter (termasuk GST), dan diesel RM1.95 seliter.

Pada Julai lalu, KPDNKK telah mengumumkan, harga bagi RON 97 meningkat 20 sen menjadi RM2.55 seliter (termasuk GST). Begitu juga dengan RON95 yang mengalami peningkatan sebanyak 10 sen iaitu RM2.15 seliter. Manakala harga bagi bahan api diesel dan diesel Euro5 kekal iaitu masing-masing RM2.15 seliter.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *