Perodua Myvi edisi Komemoratif Ulang Tahun Ke-10 diserahkan kepada pemiliknya

By  |  0 Comments

Picture - Sarawak

Sempena ulang tahun ke-10 pada Mei lalu, Perodua telah mengeluarkan hanya 12 unit Myvi edisi Komemoratif Ulang Tahun Ke-10.

Seramai 514 individu telah menghantar permohonan menerusi laman web Perodua untuk memiliki Myvi edisi terhad ini. Namun hanya 10 unit sahaja dijual, selebihnya sebagai hadiah bagi pertandingan yang dianjurkan.

Bagi mendapatkan Myvi tersebut, pemohon haruslah melengkapkan slogan serta hanya 10 penyertaan terbaik sahaja yang dipilih untuk mendapatkannya.

Antara yang bertuah memiliki Myvi edisi Komemoratif Ulang Tahun Ke-10 ini ialah Muhamad Junaidi dari Sarawak.

“Kami berterima kasih buat mereka yang menghantar pemohonan ini dan secara tidak langsung menunjukkan sokongan serta minat mereka terhadap Myvi. Setakat ini, kami telah mengenal pasti kesemua pembelinya dan sedang menguruskan penghantaran model ini kepada mereka,” ujar Presiden & CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *