CAP minta papan iklan LED diharamkan

By  |  0 Comments
Gambar hiasan

Gambar hiasan

Memberi alasan utama iaitu ia berbahaya kepada pengguna jalan raya, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengulangi pendiriannya mengenai keperluan mengharamkan penggunaan papan iklan diod pancaran cahaya (LED).

Menurut Presiden CAP, SM Mohamed Idris, kebanyakan papan iklan itu diletakkan di lokasi yang tidak dibenarkan seperti di persimpangan jalan bukannya di laluan tepi jalan seperti sepatutnya, laporan Bernama.

Malah beliau berkata, CAP telah membangkitkan isu ini sejak Julai lepas kepada pelbagai pihak berkuasa berkaitan tetapi tidak diendahkan.

Sebelum ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia turut pernah membangkitkan isu yang sama iaitu bahaya papan iklan digital di sepanjang jalan dan lebuh raya dengan LED yang sangat terang dan mengganggu tumpuan pengguna jalan raya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *