Proton bakal mengaplikasikan teknologi nuklear dalam kereta buatannya

By  |  0 Comments

Proton_Iriz_review_pandu_uji_-008

Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) dan Proton Holdings Berhad (Proton) bakal menjalinkan kerjasama penyelidikan untuk menghasilkan aplikasi teknologi nukleat dalam industri automotif.

Menurut Ketua Pengarah Nuklear Malaysia Datuk Dr Muhamad Lebai Juri, penghasilan produk tempatan perlukan inivatif dan setanding dengan produk import memandangkan keadaan liberalisasi perdagangan masa kini yang kian aktif.

Katanya lagi, oleh yang demikian, Nuklear Malaysia terpanggil untuk membantu Proton supaya menjadi lebih kompetitf dengan penggunaan produk tempatan, laporan Astro Awani.

Beliau turut berpendapat, melalui sistem ini, ia boleh dijadikan sebagai alat pemasaran bagi menjana kejayaan. Kebergantungan negara terhadap barang import dapat dikurangkan sekali gus mengurangkan aliran wang keluar.

Justeru menerusi fasa program kerjasama ini, ia meliputi tiga komponen penyelidikan iaitu Development of Advanced EB Crosslinked HF/FR cable for automotive, Development of Advanced Aluminum/Aloy as Alternative Conductor for Automotive dan Establishment of Proton Industrial Standard and Malaysian Standard for Automotive Cables.

“Program penyelidikan ini adalah selaras dengan aspirasi dan penekanan kerajaan untuk meletakkan konsep inovasi dan pengutamaan produk tempatan sebagai agenda untuk memampankan ekonomi negara dengan produk tempatan yang berkualiti dan berteknologi tinggi, ” ujarnya.

Majlis Penyerahan Proton Iriz kepada Agensi Nuklear Malaysia di bawah skop Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Proton-Nuklear Malaysia, telah pun berlangsung semalam.

Turut hadir sama adalah Ketua Pegawai Teknikal Kumpulan Kejuruteraan, Proton Holdings Berhad Abdul Rashid Musa, dan Pengarah Urusan Wondeful Ebeam Cable Sdn Bhd, Chan Chang Choi.

Mengulas berkenaan kerjasama ini, Rashid pula berkata, “Kepakaran daripada Nuklear Malaysia amat diperlukan terutama dalam meningkatkan mutu dan kualiti aspek keselamatan keluaran Proton. Contohnya kabel insulator yang menggunakan teknologi Nuklear Malaysia ini mempunyai ketahanan yang berbeza, yang lebih kuat. Jadi disebabkan itu kita mahu menggunakan teknologi yang ada pada Agensi Nuklear Malaysia ini dalam kereta-kereta Proton.”

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq