GALERI : Proton Saga Plus – Ekstra 5 elemen & harga tidak berubah

By  |  0 Comments

SagaPlus_02

Pada 14 Ogos yang lalu, Proton telah memperkenalkan Proton Saga Plus iaitu varian baharu bagi menggantikan model Saga FLX.

Terdapat lima elemen extra yang ditampilkan iaitu rim aloi enam-jejari bersaiz 14-inci, kid badan sepenuhnya, spoiler, hiasan belakang yang sama dengan warna kerangka dan tanda gred ‘Plus’.

Walau bagaimana pun, terdapat juga beberapa elemen yang ‘digugurkan’ (dari model Saga FLX) iaitu lampu kabus, kekemasan paip ekzos, cermin pintu tanpa pelarasan secara elektronik dan pemegang pintu berwarna hitam.

Malah elemen lain yang juga ‘tidak disertakan’ lagi termasuklah kekemasan kulit upholstery, pembuka pintu (dari bahagian dalam) berwarna perak, sambungan Bluetooth dan juga kawalan pada roda stereng. Malah ia juga tiada ABS, tetapi masih mengekalkan dua beg udara dan tiga-poin tali pinggang keledar sebagai standard.

Saga Plus ini dijanakan oleh enjin 1.3 liter Campro IAFM dan boleh didapati dengan transmisi manual dan CVT.

Walau pun menampilkan lima elemen ekstra, harga bagi Saga Plus ini masih kekal sama seperti varian Saga SV iaitu RM33,242 untuk manual (solid) dan RM33,719 (metalik), serta model CVT pula berharga RM36,099 (solid) dan RM36,576 (metalik). Ia adalah harga atas jalan termasuk insurans. Ia turut didatangkan dengan waranti selama tiga tahun/60,000 km.

Ia turut didatangkan dengan lima pilihan warna iaitu Tranquility Black, Fire Red, Genetic Silver, Solid White dan Elegant Brown.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq