ETC bakal diimplementasikan di semua plaza tol seluruh negara sepenuhnya menjelang akhir 2018

By  |  0 Comments

TOL PLUS

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) mensasarkan sebanyak 173 plaza tol di seluruh negara akan mengimplementasikan penggunaan Sistem Kutipan Tol Secara Elektronik (ETC) menjelang akhir 2018, memetik laporan akhbar Kosmo.

Menurut Ketua Pengarah (Bisnes) LLM, Datuk Sr. Aziz Abdullah, setakat ini terdapat dua plaza tol di ibu negara dan sembilan di negeri-negeri lain telah menggunakan sistem ini sepenuhnya sejak beberapa bulan yang lalu.

Katanya, implementasi ETC sepenuhnya ini bagi memastikan pergerakan trafik yang lancar di lebuh raya. Buat setakat ini, plaza tol yang telah menggunakan sistem ini sepenuhnya terbukti berjaya mengurangkan kesesakan di plaza tol terbabit.

Malah mulai 9 September ini, sistem ETC turut akan diimplementasikan sepenuhnya di 12 plaza tol seluruh negara. Ia melibatkan Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS); Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, PLUS, Plaza Tol Lunas, Lebuhraya Kulim-Butterworth (BKE), Plaza Tol Kubang Semang, BKE, Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang dan Plaza Tol Gombak, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

Selain itu, ia turut membabitkan Plaza Tol Bentong, KLK, Plaza Tol Dato’ Keramat, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH); Plaza Tol Ayer Panas, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Plaza Tol Sentul Pasar, DUKE, Plaza Tol Batu, DUKE dan Plaza Tol Lebuhraya SMART.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *