LPT3 masih dalam kajian & ikut kemampuan kerajaan pusat untuk diluluskan – PM

By  |  0 Comments

LPT_1

Selepas Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT2 telah beroperasi, kini fasa ketiga atau LPT3 pula dalam kajian dan penelitian, laporan Bernama.

Kenyataan ini diperakui oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata, kerajaan sedang mengkaji projek pembinaan jajaran LPT3 yang menghubungkan Gemuruh, Terengganu ke Pengkalan Kubor di Kelantan.

Walau bagaimanapun, menurut beliau, projek tersebut bergantung kepada kemampuan kerajaan pusat.

“Saya tahu bila orang balik raya sehingga 14 jam…jadi LPT3 ini perlu,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengulas mengenai gesaan kerajaan negeri untuk memohon sejumlah peratusan saham pengurusan LPT2 daripada syarikat konsesi, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), katanya, kerajaan negeri boleh meneruskan rundingan dengan syarikat konsesi itu.

Kerajaan negeri Terengganu sebelum ini meminta 40 peratus saham LPT2 daripada syarikat konsesi tersebut yang mengambil alih pengurusan lebuh raya berkenaan daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

LPT2 sepanjang 184 kilometer itu dibuka sepenuhnya pada 31 Dis tahun lepas, yang membolehkan perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur, dipendekkan kepada empat jam berbanding enam jam sebelum ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *