Hyundai Veloster RE:FLEX diperkenalkan dalam Chicago Auto Show 2014

By  |  0 Comments

001-2014-hyundai-veloster-reflex-1

Hyundai Motor America (HMA) turut mengambil kesempatan dengan memperkenalkan barisan terbaharu bagi keluarga Veloster di dalam penganjuran Chicago Auto Show 2014. Hyundai RE:FLEX Edition merupakan model edisi terhad yang diproduksi dalam hanya 3,000 unit sahaja dan kemungkinan besar akan mula dijual pada pertengahan tahun ini.

Menurut HMA, pembikinan Veloster RE:FLEX Edition ini adalah susulan kejayaan Veloster RE:MIX Edition yang diperkenalkan pada tahun 2013.

002-2014-hyundai-veloster-reflex-1

Elemen menarik yang ditampilkan pada model edisi terhad ini ialah tempat duduk balutan kulit sama ada warna hitam atau merah, lampu utama projektor dengan LED, lampu belakang LED, rim aloi kekemasan krom PVD bersaiz 18 inci, pemegang pintu krom dan lambang RE:FLEX pada bahagian kerangka luaran serta karpet dalaman.

013-2014-hyundai-veloster-reflex-1

Selain daripada itu, elemen standard yang turut diterapkan ialah lampu kabus, kekemasan dalaman berwarna hitam, sistem audio premium dengan lapan pembesar suara, roda stereng dan tombol gear balutan kulit, pedal aloi dan cermin automatik.

Manakala bagi warna kerangkanya, ia tampil dengan lima pilihan iaitu Ice Pearl, Century White, Vitamin C, Ultra Black dan Boston Red.

Seperti mana model Veloster 2014, RE:FLEX ini turut ditampilkan dengan kamera undur serta skrin paparan multimedia sesentuh bersaiz tujuh inci.

Dijanakan oleh enjin Gamma 1.6 liter empat silinder, RE:FLEX ini turut dipadankan dengan kotak gear dual-klac EcoShift enam kelajuan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *