Kia Optima Hibrid 2014 mengutamakan teknologi & aerodinamik

By  |  0 Comments

2014-kia-optima-hybrid-07-1

Salah satu kereta yang mendapat perhatian di dalam Chicago Auto Show 2014 ialah Kia Optima Hibrid serba baharu. Ia telah diperkenalkan oleh Kia Motors America (KMA) hujung minggu lalu.

Menerima beberapa elemen baharu yang tampil lebih eksklusif termasuk rekaan bahagian hadapan dan belakang yang menambahkan ciri-ciri lebih aerodinamik, rim aloi lebih sporty, jeriji unik dan lampu berwajah segar.

Rekaan dinamik dan sporty telah dipertingkatkan bagi memberikan lebih kuasa optimum serta meningkatkan penjimatan penggunaan bahan apinya. Bagi menyumbangkan pada peningkatan aerodinamik, penambahan lubang pada bahagian bampar hadapan bagi meningkatkan aliran udara dan mengurangkan seretan.

2014-kia-optima-hybrid-08-1

Selain daripada itu, penggunaan rim aloi bersaiz 16 inci bagi varian LX dan 17 inci untuk model EX turut mengurangkan berat dan kadar seretan tanpa menjejaskan paras rupa luaran Optima Hibrid 2014 ini.

Manakala bagi penampilan di dalam kabin, ia dilengkapi dengan butang penghidup enjin, dua skrin paparan iaitu 4.3 inci bagi meter kluster dan lapan inci skrin infortainmen yang turut berfungsi sebagai navigasi, sistem bunyi Infinity dengan lapan pembesar suara dan banyak lagi elemen menarik.

2014-kia-optima-hybrid-10-1

Ditawarkan dalam dua varian iaitu LX dan EX, Optima Hibrid 2014 ini turut menekankan aspek kelancaran dan keupayaan pemanduan yang lebih optima. Oleh itu, ia turut menampilkan motor elektrik yang mampu menghamburkan kuasa 47hp, Hybrid Starter Generator (HSG),dan bateri polimer lithium berkuasa 47kW.

2014-kia-optima-hybrid-14-1

Dengan kombinasi motor elektrik dan bahan api gas, Optima Hibrid 2014 ini mampu menghamburkan kuasa 199 hp dan 235 lb.-ft yang mampu memberikan kuasa pemanduan yang lebih responsif.

Tidak berkompromi soal aspek keselamatan, model ini turut diterapkan dengan beg udara bagi pemandu dan penumpang di hadapan, beg udara bagi tempat duduk belakang, beg udara pada bahagian sisi, ABS, Pengurusan Kestabilan Kenderaan (VSM), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Cengkaman (TSC) dan Kawalan Bantuan Mendaki Bukit (HAC).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *