Volvo V60 & S60 Polestar dipertontonkan di Chicago Auto Show 2014

By  |  0 Comments

volvo-v60-s60-polestar-5-1-2

Model wagon dan sedan daripada Volvo memang agak terkenal, bukan sekadar tampil dengan gaya yang menarik malah kebolehpercayaan terhadap kredibilitnya jarang dipertikaikan.

Ingin terus memproduksikan kenderaan sedemikian rupa, maka Volvo turut mengambil kesempatan untuk memperkenalkan dua model terbaharunya daripada keluarga Polestar iaitu V60 dan S60 sedan untuk tontonan ramai hujung minggu lalu di Chicago Auto Show 2014.

volvo-v60-s60-polestar-7-1

Ops! Ia bukan untuk pasaran global tetapi hanya akan berada di jalan raya sekitar Amerika Syarikat (USA) sahaja kerana bakal diproduksi dalam edisi yang terhad. Di mana hanya 120 unit Polestar sahaja yang akan dihasilkan dengan inspirasi kereta konsep Polestar yang pernah diproduksi pada tahun 2013.

Diproduksi mengikut standard V60 dan S60, edisi Polestar ini dihasilkan mengikut kombinasi aspek keselamatan dan keselesaan seperti mana yang diingini oleh pemiliknya. Tidak kira dalam apa jua keadaan jalan, model wagon dan sedan ini pastinya mampu memberikan pengalaman tersendiri di dalam pengalaman mengendalikannya setiap hari.

Di bawah hudnya, V60 dan S60 Polestar ini dijanakan oleh enjin T6 enam silinder pengecas turbo yang dilengkapi dengan komponen baharu bagi intercooler dan twin-scroll turbo. Enjin T6 ini mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 345 hp pada 5,700 rpm dan tork 369 lbs.-ft pada 2,800 rpm.

Dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan yang turut ditampilkan bersama sistem pedal penukar gear baharu, sistem pacuan empat roda Haldex mampu membantu memacu kedua-dua model ini daripada sifar sehingga 62 batu sejam dalam hanya 4.9 saat.

Selain daripada enjin, kekemasan dalaman turut dipertingkatkan dengan menambah baikan tempat duduk, roda stereng dan beberapa lagi elemen di dalam ruang kabin dengan material baharu dan warna spesifik Polestar bagi menyerlahkan lagi gayanya.

volvo-v60-s60-polestar-2-1

Manakala warna kerangkanya juga lebih elegan dengan pilihan sama ada Black Sapphire atau pun Rebel Blue. Elemen aerodinamik yang memenuhi setiap sudut lekuk kerangka Polestar ini dengan ciri-ciri baharu termasuk bahagian bampar hadapan dan belakang yang dipertingkatkan membuatkan jentera ini sangat menguja.

Volvo mensasarkan Jun 2014 ini untuk jualan Polestar di beberapa lokasi terpilih sekitar USA dengan harga yang bakal diumumkan kelak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *