Op Selamat : Kemalangan jalan raya makin meningkat

By  |  0 Comments

Crash-accident-collision

Pelbagai kempen, advokasi dan kaedah digunakan bagi mengurangkan kadar statistik kemalangan jalan raya pada musim perayaan Aidilfitri ini termasuklah melancarkan Op Selamat 2015.

Namun berita buruk yang disampaikan oleh Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff yang berkata, sebanyak 12,383 kes kemalangan jalanraya yang menyebabkan 203 kematian direkodkan sehingga hari kedua Aidilfitri pada Sabtu, sejak Op Selamat 7/2015 dilancarkan pada 10 Julai lepas, cukup mendukacitakan.

Beliau berkata angka itu mencatatkan peningkatan berbanding 11,277 kemalangan dan 185 kematian sehingga hari pertama Aidilfitri pada Jumaat.

PDRM-5

“Daripada 203 kes kematian yang direkodkan sehingga 18 Julai, sebahagian besar melibatkan motosikal iaitu 123 kes diikuti 51 kes membabitkan kereta,”katanya menerusi laporan yang dipetik dari Bernama.

Johor merupakan negeri yang mencatat kematian jalan raya paling tinggi dengan 36 kes diikuti Selangor (29), Pahang (21) manakala Perak dan Kelantan berkongsi jumlah sama iaitu sebanyak 19 kes.

Selain itu, sebanyak 76 kes direkodkan di jalan persekutuan, 56 kes dijalan negeri, 26 kes di lebuh raya, 23 kes di jalan bandar, dan 22 dijalan-jalan lain.

Mohd Fuad berkata sebanyak 123,190 saman juga dikeluarkan polis setakat ini yang membabitkan 61,940 kes memandu melebihi had laju, 2,781 kes memotong barisan dan 958 kes menyalahgunakan lorong kecemasan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq