BMW Group Malaysia memperkenalkan pengedar baharu di Kelantan

By  |  0 Comments

BMW 01

BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan Raza Premium Auto sebagai pengedar BMW terbaharu di Malaysia. Terletak di bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia, pengedaran BMW terbaharu itu bakal menyediakan perkhidmatan penuh BMW Group (Jualan, Servis, Sistem dan Alat Ganti) kepada para pelanggan di kawasan terbabit.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Alan Harris berkata, “Selaku peneraju serta pengeluar kenderaan premium di peringkat global dan Malaysia, kami bukan sekadar menjual kereta. Malah, kami turut komited untuk memperkenalkan teknologi-teknologi baharu dan relevan. Rasa tanggungjawab ke atas para pelanggan juga menjadi keutamaan kami. Nilai-nilai ini menjadi satu kriteria penting untuk kekal premium.”

Menurut Harris lagi, pengedaran 4S BMW sememangnya menjadi poin penting dalam menawarkan pengalaman premium, sebagaimana yang dijanjikan oleh jenama BMW. Justeru, pembukaan Raza Premium Auto di Kelantan merupakan bukti keyakinan BMW bahawa pengalaman itu harus dikongsi ke seluruh negara.

BMW 03

Pengarah Urusan & Pengedar Prinsipal Raza Premium Auto, Dato’ Seri Haji Abdul Razak pula berkata, “Memandangkan BMW adalah peneraju dalam segmen automotif premium, Raza Premium Auto akan disokong oleh hanya yang terbaik dalam menawarkan kenderaan premium kepada para pelanggan di seluruh negeri Kelantan.”

Melibatkan ruang keseluruhan seluas 7,800 kaki persegi, Raza Premium Auto mampu menawarkan semua perkhidmatan BMW 4S kepada para pelanggannya di negeri Kelantan. Kemudahan baharu itu menampilkan perabot dan standard BMW Group. Raza Premium Auto BMW 4S terletak di Lot 493 & 183, Jalan Kuala Krai, Seksyen 20, Kota Bharu, Kelantan.

Ia juga menyediakan ruang jualan serta pameran yang boleh menempatkan sehingga tiga buah kenderaan, dua hingga tiga unit kenderaan untuk pandu uji, empat ruang penyelenggaraan, sebuah lounge bagi kegunaan pelanggan, Isetta Bar, bilik-bilik mesyuarat dan perbincangan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *