Kenaikan tol adalah bagi konsesi serap kos pembiayaan – PSKLM

By  |  0 Comments

TOL SG RASAU2

Kadar kenaikan tol berjadual memberikan ruang kepada syarikat konsesi untuk menyerap kos pembiayaan dan penyenggaraan yang semakin meningkat secara lebih baik serta sebagai caj perkhidmatan, laporan Bernama.

Menurut Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM), pertimbangan untuk menaikkan kadar tol bukan semata-mata berdasarkan perjanjian antara kerajaan dan operator tol, tetapi juga berdasarkan perjanjian antara operator tol dan pembiaya mereka.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas ada sebuah akhbar berbahasa Melayu telah menyiarkan laporan pada 7 Julai lalu mengenai kemungkinan tol dinaikkan. Artikel itu menyebut kadar tol tidak patut dinaikkan ekoran kesesakan trafik masih menjadi isu.

Ekoran daripada isu ini, PSKLM menjelaskan bahawa terdapat banyak faktor yang mewajarkan kenaikan, misalnya, konsesi-konsesi lebuhraya telah meminjam dan membelanjakan ratusan juta bagi pembangunan dan fasiliti lebuh raya.

Menurut PSKLM, lebuh raya dan fasiliti perlu disenggara secara tetap dan dinaik taraf untuk keselesaan dan kemudahan pengguna, manakala fasiliti dan infrastruktur baharu perlu dibina. Kutipan tol adalah membolehkan konsesi membiayai perbelanjaan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, kenaikan tol berjadual dibenarkan dalam Perjanjian Konsesi (CA) ditandatangani antara kerajaan dan setiap operator lebuh raya.

HondaJazz1

Di mana lebuh raya dibangunkan di bawah konsep penswastaan, objektifnya adalah untuk membolehkan banyak rangkaian lebuh raya dibina oleh sektor swasta pada kadar kecepatan dan kos yang mungkin tidak dapat dicapai jika pembangunannya dilaksanakan atau dibiayai oleh kerajaan secara bersendirian.

Konsep penswastaan juga bersandarkan andaian bahawa hanya mereka yang menggunakan lebuh raya patut membayarnya, atau dikenali sebagai konsep pengguna-bayar.

“Berdasarkan konsep ini juga, kenaikan tol berjadual dimasukkan dalam CA. Bagaimanapun, terdapat banyak kali yang kerajaan menolak permohonan daripada operator tol untuk menaikkan kadar tol. Apabila ini berlaku, kerajaan membayar pampasan kepada konsesi yang berkenaan, dan bayaran ini dibuat daripada dana persekutuan. Ini tidak selaras dengan konsep pengguna-bayar, yang secara tidak langsung membebankan pembayar cukai di seluruh negara,” menurut PSKLM.

Tambahnya lagi, PSKLM dan kerajaan sedang berbincang untuk mencari penyelesaian terbaik bagi kenaikan berjadual akan datang. Ini akan turut mengambil kira banyak isu seperti kenaikan kos hidup, obligasi kewangan anggota kami sendiri dan keperluan untuk terus menyediakan perkhidmatan dan fasiliti terbaik untuk kemudahan, keselesaan dan keselamatan perjalanan untuk semua orang.

Pada 3 Julai lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof mengeluarkan kenyataan bahawa, kerajaan dijangka membayar sebanyak RM1.08 bilion dalam bentuk pampasan kepada 23 syarikat konsesi membabitkan 30 lebuh raya seluruh negara sekiranya tiada kenaikan kadar tol.

Ketika ini, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM580 juta kepada syarikat konsesi iaitu jika kadar tol tidak dinaikkan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *