Kerajaan dijangka membayar RM1.08b kepada syarikat konsesi jika tiada kenaikan tol

By  |  0 Comments

TOL PLUS

Akhir Jun lalu, Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuh Raya Malaysia (PSKLM) telah membuat kenyataan dengan mengatakan persediaan mengadakan perbincangan dengan kerajaan untuk memohon kenaikan kadar tol di beberapa lebuh raya di negara ini.

Semalam, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, pula berkata, kerajaan dijangka membayar sebanyak RM1.08 bilion dalam bentuk pampasan kepada 23 syarikat konsesi membabitkan 30 lebuh raya seluruh negara sekiranya tiada kenaikan kadar tol, laporan Bernama.

Ketika ini, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM580 juta kepada syarikat konsesi iaitu jika kadar tol tidak dinaikkan.

Katanya, jika kadar tol meningkat, wang pampasan ini boleh digunakan bagi tujuan lain termasuk membina jalan raya, sekolah serta hospital yang masih memerlukan pembangunan.

Fadillah berkata, kenaikan kadar tol tidak dilaksanakan sejak 2008 dan syarikat konsesi telah mencadangkan supaya kenaikan bayaran kadar tol dikaji semula.

“Syarikat konsesi layak meminta kenaikan kadar tol, ada yang perlu dikaji semula setiap tiga tahun, ada yang lima tahun dan ada yang tujuh tahun. Kerajaan masih boleh mengimbangkan dan masih boleh membayar pampasan kepada syarikat konsesi dan untuk itu juga sebarang kenaikan kadar tol memerlukan inisiatif tertentu supaya rakyat tidak terasa beban,” katanya.

Sehubungan itu, banyak faktor perlu dipertimbangkan sebelum membenarkan kadar kenaikan itu bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat.

Beliau berkata kenaikan kadar tol perlu dipertimbangkan kerana ia membabitkan kepentingan banyak pihak termasuk pelabur dan pemberi pinjaman kerana ia turut memberi kesan terhadap keyakinan pelabur.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *