DUKE beri diskaun tol 20 peratus menerusi bayaran secara elektronik sempena Aidilfitri

By  |  0 Comments

DUKE1

Satu lagi syarikat konsesi yang mengumumkan pemberian diskaun tol sempena Aidilfitri ini ialah Syarikat Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd (KESTURI) yang menguruskan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

Pengarah syarikat terbabit, Zakaria Shaffie berkata, pihaknya menawarkan diskaun tol 20 peratus menerusi kad pembayaran elektronik bermula pukul 11.59 malam 16 Julai sehingga 12 malam 17 Julai.

Diskaun kadar tol itu untuk Kelas 1 yang menggunakan bayaran elektronik (ETC) ditawarkan untuk memberi nilai pulangan kepada pengguna Lebuhraya DUKE.

“Usaha ini sebagai langkah menggalakkan penggunaan kad bayaran elektronik secara meluas di lebuhraya ini,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Lebuhraya DUKE sepanjang 18 kilometer itu menghubungkan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di Jalan Duta ke Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II) di Hulu Kelang.

DUKE juga menjadi pintu masuk terpenting ke Pantai Timur melalui Lebuh Raya Karak.

DUKE juga menawarkan kadar bayaran elektronik Touch’n Go edisi khas DUKE pada kadar RM5 untuk tambah nilai apabila lebuhraya itu melaksanakan kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya, awal September nanti. Di mana kad itu adalah percuma dan terhad kepada 30,000 kad pertama sahaja.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq