Volkswagen Malaysia buka Hab Alat Ganti

By  |  0 Comments

Volkswagen‘s Parts Centre

Bagi memudahkan lagi para pelanggannya mendapatkan alat ganti kenderaan dengan lebih cepat, Volkswagen Malaysia telah menambah baik perkhidmatan selepas jualannya dengan menubuhkan Hab Alat Ganti di Shah Alam.

Ia dilihat sebagai pengembangan kepada Pusat Alat Ganti Volkswagen di Singapura iaitu satu kemudahan yang menguruskan pesanan dan penghantaran alat ganti pada setiap hari sejak Julai 2014.

Pusat penyimpanan seluas 10,000 kaki persegi itu akan menerima alat ganti dari Singapura dan kilang Volkswagen di Kassel, Jerman yang merupakan kemudahan pengeluaran kedua terbesar di dunia.

Bagi menawarkan tempoh penghantaran yang efisien, Hab Alat Ganti ini akan bekerjasama rapat dengan hab di Singapura untuk memproses pesanan yang dihantar sebanyak dua kali sehari. Pengedaran alat-alat ganti seperti fokus inventori pasaran, kempen dan alat ganti yang mempunyai pemintaan tinggi akan dihantar dua kali sehari ke para pengedar sama ada dari Singapura atau Shah Alam.

“Volkswagen ‘Sentiasa di Sisi Anda’ dan aspek kepuasan pelanggan merupakan keutamaan kami. Dengan wujudnya integrasi di antara para pengedar dan Hab Alat Ganti, kami berjaya mengurangkan tempoh menunggu secara signifikan,” kata Pengarah Urusan Volkswagen Malaysia, Armin Keller.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *