Shell Helix tawar promosi diskaun istimewa sehingga hujung Julai ini

By  |  0 Comments

0

Sempena musim balik kampung tahun ini, Shell kini menawarkan kepada semua pemilik kereta di Malaysia peluang untuk mengalami rangkaian minyak enjin sintetik Shell Helix yang terbukti lebih mampu membersihkan enjin kereta.

Tawaran daripada Shell ini berikutan kejayaan memecahkan rekod Buku Rekod Malaysia kerana membolehkan 500 pemilik kereta Malaysia merasai kehebatan enjin yang diberi nafas baru di Pesta #LoveMyRide Shell baru-baru ini.

“Kami menerima maklumbalas positif daripada pelanggan yang telah mencuba Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus semasa Pesta #LoveMyRide Shell pada bulan Jun. Ia mampu membersihkan enjin kereta anda dalam dan luar,” kata Leslie Ng, Pengurus Besar Pelincir Shell Malaysia dan Singapura.

Promosi pengguna Shell Helix menawarkan rebat tunai serta-merta termasuk GST. Pelanggan akan menikmati diskaun RM30 dengan setiap pembelian minyak enjin sintetik penuh Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus dan diskaun RM20 untuk minyak enjin teknologi sintetik Shell Helix HX 7.

Promosi diskaun tunai istimewa ini berlangsung dari sekarang hingga penghujung Julai. Ia ditawarkan di stesen minyak Shell, bengkel dan kedai alat ganti yang turut serta di seluruh negara selagi stok masih ada.

Teknologi Shell PurePlus ialah sejenis proses gas kepada cecair (GTL) serba maju, yang dibangunkan menerusi penyelidikan selama 40 tahun. Proses ini menukarkan gas asli kepada minyak asas sungguh jernih hampir tanpa sebarang bendasing yang lazimnya didapati dalam minyak mentah. Minyak asas ialah komponen penting bagi pelincir siap.

Rangkaian Shell Helix Ultra ialah ialah minyak enjin paling canggih Shell dan minyak enjin pertama yang diperbuat daripada gas asli. Ia menjanjikan tahap pembersihan dan perlindungan kehausan lebih tinggi, justeru tiada minyak enjin lain yang membersihkan enjin anda dengan lebih baik. Ia bekerja keras untuk melindungi enjin dan menghasilkan prestasi yang mantap walaupun dalam keadaan pemanduan sukar.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq